Saturday, November 19, 2011

YaNg BaiK ITu

Assalamualaikum w.b.t.


Sayang,
Ini ujianNya...
Bersabarlah, bertabahlah,
Sungguh, kadang saya juga sakit,
Selalu saya juga penat,
Sering saya juga pedih.


Luka ini,
Biar kita simpan sebagai pengajaran
Biar kita simpan untuk pengalaman
Biar kita simpan jadi kenangan
Kerana walau sebanyak mana pun yang dilakukan
Ia tetap tidak merubah tanggapan 
Kerana pada mereka kita tetap kita


Ketahuilah,
Kalau awak merana, saya lebih lagi,
Kalau awak kecewa, saya lebih lagi,
Kalau awak terluka, saya lebih lagi
Kalau awak sengsara, saya lebih dulu merasakannya.


Biarkan,
Biarkan mereka terus berprasangka,
Kerana selain kita, ada Dia yang Melihat,
Biarkan mereka terus menuduh,
Kerana selain kita, ada Dia yang Mendengar
Biarkan mereka terus menghukum,
Kerana selain kita, ada Dia yang Maha Mengetahui


Semoga,
Di penghujung jalan cerita,
Ada sinar buat kita
Ada indah bagi kita
Ada bahagia untuk kita
Ada segala-galanya tanpa derita.
Menantilah sayang,
Menantilah dalam sabar,
Menantilah dalam tenang,
Menantilah dalam damai,
Kerana sesungguhnya 
Yang baik itu hanya dariNya.


Amin.