Assalamualaikum w.b.t,
Permulaan harini dengan airmata..ya..masanya telah
tiba..dia akhirnya akan meninggalkan daerah ini..menetap di daerah asing mengikut
kekasih hatinya..
Sungguh kalau ditanya secara jujur, aku tidak bisa
melepaskannya..tidak mampu sebenarnya..tapi apakan daya..dia pergi kepada yang
lebih berhak..
Saat aku tarik dirinya dalam pelukan, dia memujuk
syahdu..mengarahkan agar air jernih ini kubendung..namun perasaan yang terlalu
kuat itu mendesak sehingga aku gagal mengikut kemahuannya itu…aku sedar, dia
juga bergenangan….
Kini..daerah ini semakin sepi… sepi tanpa adanya
dia…tanpa tawa riangnya…sepi tanpa gurau sendanya…sepi tanpa peluk
ciumnya..kerana setiap hari setiap malam pasti akan ada ‘hadiah istimewa’ itu
untukku..(walau aku selalu mendapatkan semua itu dari kekasih hatiku) namun
semua itu tetap tidak sama dengan sesuatu darinya….
Pergilah sayang..kerana hijrahmu kali ini adalah untuk
dia..dia syurgamu..jagalah hatinya sebaik mungkin..jagalah hubungan ini walau
sepayah mana..kerana itu adalah rencah dalam hidup kita di dunia yang hanya
sementra ini…
Ketahuilah bahawa aku akan sentiasa mendoakan
kebahagiaanmu...ketahuilah bahawa susah payahmu adalah wajib untuk aku
ketahui…ketahuilah bahawa aku sentiasa akan merinduimu..sungguh…aku terlalu
menyayangimu syang…
Wassalam..
Yang
terlalu menyinta,
Ur loveLy
SiStEr a.k.a AnYah
For my
sweetheart…im gonna miss you…..really…