Saturday, December 8, 2012

Me & My NeW LiFe




Assalamualaikum w.b.t,

Dearie blog n olls…Lama tak merepekkan..anyway…as wat I told u in my previous post, i just moved to a new place..keje baru..jmp kwan bru, environment bru, tanggungjawab baru..bz? YUP..sini terlalu la bz..klu nk compare to my ex-ofis sini lagi havoc…wat can I say…it my responsibility now and I must carried it all out..

Tambah tolak darab bahagi, da 3 minggu aku kat sini..banyak benda aku kena belajar..n of coz byk jugak yang aku kena buat..dats y, leh kata ari2 aku stay back just to keep myself in the right track..org kata when u wan something, u hve to sacrifice something…well, aku sgt2 la setuju ok..sbb bila aku da kembali sibuk cam 4-5 tahun dulu, byk benda aku tinggalkan..coz msa pun sangat mencemburui aku..blik pun xpnah nampak sang suria..bila balik da pnat, satu benda pun xleh nk buat..takat makan, gosok baju, mandi solat, jam pun da pkul 11 lbih..apalagi la yg terbyang bila bdan da pnat seharian wat kje..tilam bantal jela yg leh belegar dlm otak pale ni..

Abang pun kecian..kena suit himself ngan masa aku…aku rasa bila aku start kje baru ni, masa aku sangat kurang dengan abang..yela kalu da blik tu nampak tilam bantal je kan…hehehe.. but seriously, aku try gak..spend time ngan dia bila ada hari yg terawal sket dpt blik umah kan..sbb aku pun xnk dia rs jauh dr aku..coz aku slalu nk dkat ngan dia..tp aku salute la coz he’s very understanding..aku kira, dialah manusia yg pling memahami aku wat masa ni…thanks abang for your cooperation.. appreciated it…sooooo muchiiiiii……

Apa yg aku hrap agar sume berjalan lancar..n smoga aku cepat2 blajar semua benda ni ngan harapan xyah la aku stay back every day juz to settle my work kan..and I’ll have more time for me, myself n him..ehehe..that’s part of it, selebihnya aku berdoa pada Allah semoga dipermudahkan segala urusanku disini..smoga rezki kami sekeluarga dimurahkan..smoga kami sentiasa dibawah lindungan dan rahmatnya..amin.

Wassalam.

Note: bos baru aku good looking wo..hehehe..stylo..(eh, perlu ke aku mention ni? Hahah)

Wednesday, October 24, 2012

WaRkAH BerLAgu PiLU


Assalamualaikum w.b.t,

Permulaan harini dengan airmata..ya..masanya telah tiba..dia akhirnya akan meninggalkan daerah ini..menetap di daerah asing mengikut kekasih hatinya..

Sungguh kalau ditanya secara jujur, aku tidak bisa melepaskannya..tidak mampu sebenarnya..tapi apakan daya..dia pergi kepada yang lebih berhak..

Saat aku tarik dirinya dalam pelukan, dia memujuk syahdu..mengarahkan agar air jernih ini kubendung..namun perasaan yang terlalu kuat itu mendesak sehingga aku gagal mengikut kemahuannya itu…aku sedar, dia juga bergenangan….

Kini..daerah ini semakin sepi… sepi tanpa adanya dia…tanpa tawa riangnya…sepi tanpa gurau sendanya…sepi tanpa peluk ciumnya..kerana setiap hari setiap malam pasti akan ada ‘hadiah istimewa’ itu untukku..(walau aku selalu mendapatkan semua itu dari kekasih hatiku) namun semua itu tetap tidak sama dengan sesuatu darinya….

Pergilah sayang..kerana hijrahmu kali ini adalah untuk dia..dia syurgamu..jagalah hatinya sebaik mungkin..jagalah hubungan ini walau sepayah mana..kerana itu adalah rencah dalam hidup kita di dunia yang hanya sementra ini…

Ketahuilah bahawa aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaanmu...ketahuilah bahawa susah payahmu adalah wajib untuk aku ketahui…ketahuilah bahawa aku sentiasa akan merinduimu..sungguh…aku terlalu menyayangimu syang…

Wassalam..

Yang terlalu menyinta,

Ur loveLy SiStEr a.k.a AnYah

 

For my sweetheart…im gonna miss you…..really…

Wednesday, October 17, 2012

IT’S TIME TO MOVE ON

Assalamualaikum w.b.t,

 Lamanya tak menjenguk yea..sowi blog…quite bz lately..makanya dikau kutinggalkan tanpa berita. Actually, takde idea nk tulis pun, ye gak..macam tak tahu nak merepek pe..dari cerita yang bukan-bukan..better jangan tulis langsung…huhuu

 Ok..mukadimah settled.. J

 Dearie blog & visitor…

Yeah.. its time to move on..after 3 years, now, I have to take one step further..
Even its damn hard for me to make this decision, but I know, for my own sake, for my family sake, I must do this..

 Yup…its always for good and hopefully barakah Allah will always be with me wherever I go.
With heavy heart, i’ll leave everyone and everything here…

 Its sad..its hard…really, but I believe there are thousands and millions wisdom behind it. Thinking about new place, new people, new environment, new surrounding makes me feel afraid and sometimes down…just imagine I’m like a new born baby who really know nothing…new task, new challenges, new colleague, new leader..waa….how am I suit myself there? I might feel lost all the time or perhaps sometimes..but again..the time has come for me to leave…and the time for me to give a try at new place and pace..

 Would I be able to do my job efficiently? Would I be able to perform? Can I be as the best as I do here? Insyallah…just…let time decide…I pray to Allah..may Allah simplify everything..may the steps that I take is the right one and really pray that its happen for the best, amin…

 For all frenz and colleagues, thanks for your support, your advice, your help, guidance and due respect shown to me throughout the time that we spent together. I really appreciated it and always remember one thing, your presence leaves an impression in my heart and I will cherish our memory together…hope we can still be frenz forever and do keep in touch..

 Till then, thanks for everything and I apologize for any mistake I’ve done to you (intentionally or not). Its really an awesome time I spent here and im very happy to be part of the family. The friendship that we build together was something that I can’t forget about forever in my life.

 I pray hard that I’ll get such a frenz like u all in my coming new place…really hope that everything gonna b fine..Ya Allah, I seek your mercy…bless me...Amin.

 

- Wassalam -

Thursday, September 20, 2012

PaTAh TuMbuH HilAnG BerGAnTi


Assalamualaikum w.b.t.
Blog, lme ke aku menyepi? Sepi? yes..sepi dari segala-galanya..sesepi hati di kala ‘kehilangan’ itu..perlukah meratap? Perlukah menangis lagi? Perlukah mempersoalkan takdir? CUKUP!!! Sudah cukup sudah…biarkan yang bukan lagi milikku diambil pergi…aku redakan pemergiannya..sungguh..tika ini hati hanya pasrah..berserah pada ketentuanNya yang nyata maha mengetahui akan segala sesuatu…
Aku amat yakin tersembunyi seribu malah mungkin sejuta hikmah disebalik kejadiaan ini…berharap dan tidak putus berdoa agar satu ketika nanti ‘kehilangan’ ini bakal diganti dengan rahmat yang lebih dari apa yang aku harapkan, insyaAllah…
Jutaan penghargaan buat semua insan tersayang yang turut ‘menangisi’ pemergian itu dan turut bersama tatkala aku sedaya upaya mengukir senyum yang pasti kelihatan sumbang di bibir yang kering tandus…sungguh, kehadiran kalian amat bermakna di saat hidupku sedikit berkocak kerna kehilangannya..ketahuilah, tanpa kalian mungkin aku kini hamba yang lemah selemah lemahnya…daya yang ada pasti tidak mampu menanggung parah akibat kehilangan itu…
Syukur, Dia masih meyayangiku, diambil satu dariku dan dihadiahkan dua yang baru.. Alhamdulillah..segalanya sudah selamat..tahniah buat kalian berdua atau lebih tepat lagi kalian berempat…kehadiran kalian menambah keceriaan dan kebahagiaan dihati kerana dengan hadirmu aku bisa melupakan kesakitan itu..kesedihan diganti kegembiraan...ibarat patah tumbuh hilangnya kini berganti..inilah rahmatMu ya Allah.. Alhamdulillah…amin.
- Wassalam -

Tuesday, August 28, 2012

"WeLCoME 2 Da FaMiLy"


Assalamualaikum w.b.t.,

24/8/2012..Yes! itu tarikh besday Ayung…tompi (bhasa bakunya tapi)..itu jugak tarikh keramat bersatunya dua hati antara b.cik ngan zati...alhamdulillah…bertambah lagi ahli keluarga kami…welcome to the family darling…J

Dalam seribu kepayahan, dalam sejuta halangan, akhirnya kasih mereka bertaut juga..dengan sekali lafaz, mereka sah bergelar suami isteri…sesungguhnya adalah sangat-sangat benar bahawa jodoh itu ditanganNya..yakinlah dengan Dia, berserahlah kepadaNya, nescaya, segalanya akan dapat dilalui dengan mudah…

Semoga hubungan yang baru terbina ini berkekalan di dunia dan akhirat…semoga kehadiran insan baru (zati cayang) bakal mengeratkan lagi hubungan sesama kami…insyallah…

Buat b.cik, jagalah amanah ini sebaik mungkin..jadilah imam yang bertanggungjawab, sentiasa melindungi dan membimbing..bersama dikala susah dan senang..bersatu hati dalam menjalani dan menghadapi dugaan hidup berumah tangga..saling melengkapi antara satu sama lain..semoga dengan itu, hubungan yang terbina akan lebih beerti dan membahagiakan…InsyaAllah…amin.

- Wassalam -


Friday, August 17, 2012

RaHmAT RaMadHaN


ASSALAMUALAIKUM W.B.T,

ALHAMDULILLAH….INILAH RAHMAT RAMADHAN….

INILAH REZEKI BULAN MULIA…

REZEKI DARINYA YANG TIDAK TERHINGGA…

SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI…

SUJUD SYUKUR AKU PADA PEMBERIANMU…

PERMUDAHKAN BAGI KAMI SEGALA YANG SUKAR YA ALLAH…

SEMOGA KAMI BEROLEH KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT…
AMIN YA RABBAL’AMIN….
 
 
 
 

Thursday, August 16, 2012

DuGaAnMu...


Assalamualaikum w.b.t,

Ya Allah, berat aku mendengarnya, pasti lebih berat dia melaluinya…

Ya Allah, terlalu besar dugaanMu untuk dia dan kami…

Ya Allah, andai ini ujian dariMu, kami redha menerimanya…

Ya Allah, andai ini yang terbaik untuk kami, kami sedia mengharunginya…

Namun…..

Ya Allah, aku mohon sedikit ‘kelepasan’ untuk dia…

Ya Allah, Kau permudahkanlah bagi kami segalanya…

Ya Allah, Kau bantulah kami menghadapinya…

Ya Allah, tanpa pertolongan dariMu, kami bisa rebah…

Ya Allah, tanpa bantuanMu, kami akan lemah…

Dengan ini…..

Ya Allah, sesungguhnya rahmatMu amat kami harapkan…

Agar segalanya berkesudahan dengan baik..

Agar semua halangan ini akan mampu kami hadapi…

Ya Allah, berikan kami sedikit kekuatan dan jalan…

Semoga dengannya kami mampu menempuhinya sehingga ke ‘garisan penamat’..

Amin Ya Rabbal alamin.

Friday, August 3, 2012

NiKmAt SaKiT


Assalamualaikum w.b.t.,



Sakit oh sakit...

Mmg dr kecik aku slalu sakit..

antibody sgt lemah...

dua tiga ari sblm ni demam..

pastu sore throat..

then skang batuk pulak..

sampai sore betukar...

uwaa..batuk yg kering..

bila tekak gatal and batuk,

sakit sume..dada, perut, tekak apatah lagi..



tapi takpela..

ni kan nikmat dariNya...

penghapus dosa untuk aku..

hambaNya yang kerdil ini...

yg xpernah lari dari kesilapan dan dosa...

dengan doa semoga nikmat ini bisa mengurangkan beban dosaku...

amin ya rabbal alamin..



- wassalam -

Friday, July 27, 2012

AkU, Kau, BerBeZa....AkU, KaU, IstiMewA......

Assalamualaikum w.b.t.,

LELAKI:

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
 
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya  perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau  buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

 Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.  Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

 Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.

Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada  lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang  ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.

 Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.

Begitulah kira-kiranya.


WANITA:

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.  Saksinya kurang berbanding lelaki.... Menerima pusaka kurang dari lelaki.  Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.  Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

 Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada  pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya??

 Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali  lebih utama dari bapanya.

 Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik  peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

 Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH  di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.

Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

 *****************************

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,  ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

 Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat  suaminya dan menjaga kehormatannya.

 Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

 MasyaALLAH.. sayangnya ALLAH pada wanita. Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang  lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin....maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita  sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala  yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia  berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

wassalam.

Wednesday, July 25, 2012

TuJuh KaLiMaT

Assalamualaikum w.b.t,


Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan  Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut"
 

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.


Berlumba-lumbalah kita mencari redha Ilahi.

Jazakallah.

Friday, July 20, 2012

KerNa SaYang...DeMi CinTa

Assalamualaikum w.b.t,


yes, arini nak merepeks psal kisah berkasih sayang..sbenarnya pgi ni ada share ngan ajengku sebuah petikan dlm satu magazine ni tentang sayang sepenuh hati...cinta setengah mati...Exactly! memang banyak kisah cinta begini yang kita dengar saban hari...bagaimana sayng cinta boleh melembutkan hati seseorang...mcam mana sayang cinta boleh menukarkan peribadi seseorang..menjadi yang lebih baik itu dituntut, but, just imagine...andai perubahan ini lebih kepada kemusnahan..rosaknya akidah manusia kerana cinta yang terlalu mendalam...binasanya tamadun manusia kerana cinta yang sangat tulus...musnahnya seorang manusia kerana cinta yang setengah mati....

cinta itu fitrah manusia..tiada salahnya mencintai dan dicintai..salahnya hanya pada kesungguhan yang diletakkan pada cinta yang adakalanya melampaui batas...sehingga kadangkala sanggup melakukan sesuatu diluar batasan pemikiran manusia...sehingga ada waktunya hanya tunduk dengan cinta walau diri diperlakukan tidak ubah seperti seekor lembu yang dicucuk hidungnya. perlukah menjadi begini demi sebuah hubungan yang dinamakan CINTA? perlukah menjadi seorang yang bodoh dungu hanya kerana cinta kasih sesama manusia? agungkah cinta itu andai diri menjadi mangsa? hebatkan cinta kasih yang dipuja andai korban kesudahannya?

aku pernah dengar, kata orang jika kita menyayangi seseorang, jangan beri 100% rasa itu pada si dia. i am totally agreed with this phrase. y? sbb bila kita tinggalkan sedikit peratusan rasa itu untuk diri sendiri, maka kita akan selalu bahagia dan gembira. of coz everyone pray for the success in the relationship they are in, but somehow rather, its not in our hand. its not us to control...the fact is....people change..this is the most important thing that we need to bear in mind...bukan selamanya kita di takuk yang sama...masa akan merubah segalanya...ya! mungkin kita tak berubah dan tak akan berubah, tapi is there any guarantee that our beloved one wont change forever? atau mungkin juga 'perjanjiannya' tidak membenarkan dia bersama kita keakhirnya...who knows???

apepun, yang paling penting, bila kita menyayangi, biarlah cinta itu tidak lebih dari cinta kita kepada Dia Yang Satu. inilah cinta kasih yang kekal abadi selamanya. Dia tidak akan sekali-kali meninggalkan kita selagi kita tidak melupakanNya. berdoalah wahai saudaraku, sahabatku, kekasihku:

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatan untuk aku terus mencintaiMu.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu, agar aku tidak terjatuh ke dalam jurang cinta semu

Ya Allah, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanmu, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu

Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasihku, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.


andai cinta itu mengembirakan, jangan biarkan diri kita menderita kerananya,
andai cinta itu mengasyikkan, jangan biarkan diri kita terluka kerananya,
andai cinta itu membahagiakan, jangan biarkan diri kita terkorban kerananya.

sesungguhnya cinta yang tulus adalah bila kita menyintai dia yang juga menyintai kita dan sama sekali tidak membenarkan airmata kita tumpah kerananya.

- Wassalam -

p/s: Abg,. semoga kasih sayang kita kekal didunia dan akhirah..sentiasa dibawah rahmat dan payung Allah.amin.



Wednesday, July 18, 2012

RaMaDaN Al-MuBaraK

Assalamualaikum w.b.t,

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal tiba...Dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa.
Dikesempatan ini ingin memohon ampun dan maaf atas segala kekasaran kata dan juga perlakuan.
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan sendiri.

Sedikit santapan jiwa buat semua…antara kelebihan menunaikan Solat Tarawih.

Malam
Kelebihan Solat Terawih
1
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan
2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan
12
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya
13
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan
14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka
15
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya
16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga
17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi
18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati)
19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus
20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh
21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya
22
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut
23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya
24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut
25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya
26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut
27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat
28
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat
29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur
30
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.