Friday, July 27, 2012

AkU, Kau, BerBeZa....AkU, KaU, IstiMewA......

Assalamualaikum w.b.t.,

LELAKI:

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
 
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya  perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau  buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

 Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.  Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

 Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.

Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada  lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang  ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.

 Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.

Begitulah kira-kiranya.


WANITA:

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.  Saksinya kurang berbanding lelaki.... Menerima pusaka kurang dari lelaki.  Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.  Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

 Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada  pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya??

 Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali  lebih utama dari bapanya.

 Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik  peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

 Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH  di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.

Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

 *****************************

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,  ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

 Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat  suaminya dan menjaga kehormatannya.

 Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

 MasyaALLAH.. sayangnya ALLAH pada wanita. Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang  lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin....maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita  sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala  yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia  berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

wassalam.

Wednesday, July 25, 2012

TuJuh KaLiMaT

Assalamualaikum w.b.t,


Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan  Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut"
 

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.


Berlumba-lumbalah kita mencari redha Ilahi.

Jazakallah.

Friday, July 20, 2012

KerNa SaYang...DeMi CinTa

Assalamualaikum w.b.t,


yes, arini nak merepeks psal kisah berkasih sayang..sbenarnya pgi ni ada share ngan ajengku sebuah petikan dlm satu magazine ni tentang sayang sepenuh hati...cinta setengah mati...Exactly! memang banyak kisah cinta begini yang kita dengar saban hari...bagaimana sayng cinta boleh melembutkan hati seseorang...mcam mana sayang cinta boleh menukarkan peribadi seseorang..menjadi yang lebih baik itu dituntut, but, just imagine...andai perubahan ini lebih kepada kemusnahan..rosaknya akidah manusia kerana cinta yang terlalu mendalam...binasanya tamadun manusia kerana cinta yang sangat tulus...musnahnya seorang manusia kerana cinta yang setengah mati....

cinta itu fitrah manusia..tiada salahnya mencintai dan dicintai..salahnya hanya pada kesungguhan yang diletakkan pada cinta yang adakalanya melampaui batas...sehingga kadangkala sanggup melakukan sesuatu diluar batasan pemikiran manusia...sehingga ada waktunya hanya tunduk dengan cinta walau diri diperlakukan tidak ubah seperti seekor lembu yang dicucuk hidungnya. perlukah menjadi begini demi sebuah hubungan yang dinamakan CINTA? perlukah menjadi seorang yang bodoh dungu hanya kerana cinta kasih sesama manusia? agungkah cinta itu andai diri menjadi mangsa? hebatkan cinta kasih yang dipuja andai korban kesudahannya?

aku pernah dengar, kata orang jika kita menyayangi seseorang, jangan beri 100% rasa itu pada si dia. i am totally agreed with this phrase. y? sbb bila kita tinggalkan sedikit peratusan rasa itu untuk diri sendiri, maka kita akan selalu bahagia dan gembira. of coz everyone pray for the success in the relationship they are in, but somehow rather, its not in our hand. its not us to control...the fact is....people change..this is the most important thing that we need to bear in mind...bukan selamanya kita di takuk yang sama...masa akan merubah segalanya...ya! mungkin kita tak berubah dan tak akan berubah, tapi is there any guarantee that our beloved one wont change forever? atau mungkin juga 'perjanjiannya' tidak membenarkan dia bersama kita keakhirnya...who knows???

apepun, yang paling penting, bila kita menyayangi, biarlah cinta itu tidak lebih dari cinta kita kepada Dia Yang Satu. inilah cinta kasih yang kekal abadi selamanya. Dia tidak akan sekali-kali meninggalkan kita selagi kita tidak melupakanNya. berdoalah wahai saudaraku, sahabatku, kekasihku:

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatan untuk aku terus mencintaiMu.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu, agar aku tidak terjatuh ke dalam jurang cinta semu

Ya Allah, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanmu, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu

Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasihku, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.


andai cinta itu mengembirakan, jangan biarkan diri kita menderita kerananya,
andai cinta itu mengasyikkan, jangan biarkan diri kita terluka kerananya,
andai cinta itu membahagiakan, jangan biarkan diri kita terkorban kerananya.

sesungguhnya cinta yang tulus adalah bila kita menyintai dia yang juga menyintai kita dan sama sekali tidak membenarkan airmata kita tumpah kerananya.

- Wassalam -

p/s: Abg,. semoga kasih sayang kita kekal didunia dan akhirah..sentiasa dibawah rahmat dan payung Allah.amin.



Wednesday, July 18, 2012

RaMaDaN Al-MuBaraK

Assalamualaikum w.b.t,

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal tiba...Dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa.
Dikesempatan ini ingin memohon ampun dan maaf atas segala kekasaran kata dan juga perlakuan.
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan sendiri.

Sedikit santapan jiwa buat semua…antara kelebihan menunaikan Solat Tarawih.

Malam
Kelebihan Solat Terawih
1
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan
2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan
12
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya
13
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan
14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka
15
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya
16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga
17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi
18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati)
19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus
20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh
21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya
22
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut
23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya
24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut
25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya
26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut
27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat
28
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat
29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur
30
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.  

Thursday, July 12, 2012

BiaRlah

Assalamualaikum w.b.t,


biarlah,
biar diri ini menangis
biarlah,
biar diri ini sengsara
biarlah,
biar diri ini terluka
biarlah,
biar diri ini merana


biarlah,
biar dikau tersenyum
biarlah,
biar dikau gembira
biarlah,
biar dikau tertawa
biarlah,
biar dikau bahagia


biarlah,
biarlah waktu itu pergi
biarlah,
biarlah waktu itu berlalu
biarlah,
biarlah waktu itu tidak kembali
biarlah,
biarlah waktu itu semakin jauh


aku tetap bersamamu,
aku tetap dengan janjiku,
aku tetap dengan sumpahku,
kerana sesungguhnya, aku tetap aku.

-wassalam-

Monday, July 9, 2012

PeRinGaTaN


Assalamualaikum w.b.t,

En3 kali ni adalah sebagai peringatan untuk diriku dan semua yang membaca...
secebis peringatan yang dititipkan oleh Ustaz sempena Tazkirah Jumaat yang lalu. Aku ambil untuk dijadikan panduan dan pengajaran buat kita... mengapa aku tertarik untuk membicarakan soal ini? Mungkin kerana perkara ini sebenarnya berlaku di sekeliling kita. dan mungkin adakalanya kita sendiri yang melakukannya...
semoga Allah melindungi kita dan hati kita dari perkara-perkara yang terlarang ini…bersama-samalah kita mengambil iktibar darinya…
semoga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dirahmati Allah. Amin…



Dari Tsaubah ra bahwasanya Nabi SAW bersabda,
“Siapa yang meninggal dan terbebas dari tiga perkara, maka dia masuk surga.
Tiga perkara itu yakni dosa besar, hutang, dan dendam ”
( HR Ahmad dan Tirmizi – Sahih )

Dari Abu Hurarirah ra, “Rasulullah SAW bersabda:
“ Jiwa seorang mukmin terbelenggu selama dia masih memiliki tanggungan hutang ”
( HR Ahmad dan Tirmizi – Sahih )



Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.a.w,

Semoga sentiasa berada dibawah redha dan rahmat Allah s.w.t. Hadith menyatakan secara jelas ancaman bagi insan yang meninggalkan dosa besar, berhutang dan dendam. Hutang merupakan perkara yang sangat berat tanggungannya. Sehingga dalam al-Quran menyebut perihal hutang ini dengan jelas dan merupakan AYAT terpanjang dalam al-Quran (al-Baqarah : 282). Betapa Rasulullah s.a.w juga banyak menyatakan hadith perihal hutang dan kaedah-kaedahnya.

Tiada dosa yang tidak diampunkan oleh Allah s.w.t kecuali syirik. Namun, dosa berkaitan secara lansung dengan Allah s.w.t walaupun dosa besar (hak Allah s.w.t), jika sempat melakukan taubat nasuha(sebenar-benar taubat) sebelum sampai ajal, maka diampunkan dosanya.

Tetapi, bagi perihal kesalahan dan dosa sesama manusia (hak manusia) contohnya seperti hutang dan dendam itu, hanya mampu diampunkan oleh manusia terlebih dahulu. Jelas hadith juga menyatakan tidak masuk syurga sekiranya masih tergantung dengan 3 masalah ini. Walau seseorang yang Syahid akan tertahan masuk syurga kerana hutangnya, apatah lagi yang mati biasa. Hal ini yang dimaksudkan dengan hadith mengenai mukmin itu terbelenggu selagi memiliki hutang maksudnya tidak bebas. Bezakan hak Allah dan hak sesama manusia.

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian, elakkan diri dari sentiasa dibelenggu hutang, susahnya bukan sahaja siksa seharian, bahkan sehingga ke liang lahad. Rancang hutang setakat yang termampu untuk dibayar. Jangan membiasakan hutang untuk memudahkan urusan seharian, tambahan perihal yang menjadi darah daging kita. Berlapang dadalah dan berbaik-baiklah sesama manusia. Contohilah Rasulullah s.a.w yang setiasa berlapang dada dan bersifat pemaaf. Contoh teladan yang telah dipamerkan oleh kekasih Allah. Dosa dendam, berkecil hati selagi tidak diampunkan oleh manusia, maka kekallah dosanya sehingga mati. Rancanglah agar urusan kematian kita dipermudahkan.

“If u fail to plan, U are plan to fail” 

- Wallahulam-

sorry ustaz, amik sket ur tazkirah...without ur permission..but juz wanna share dan mengingati sesama manusia. 



Friday, July 6, 2012

TreASuRe HuNT


Assalamualaikum w.b.t.,

Treasure Hunt? yes..am joining it last nite...really amazing ok...dah lama tak wat keje2 cenggini. then semalam bergelumang dengan check point, dengan clue, dengan mission n target, dengan code that need to be brake....waa....really adventure...but semangat tu yang pernting...kira team member mmg best la..even sume ladies, tapi semangatnye tu...FUYOOOOOOO....mengalahkan team lelaki..hahaha...(opps..sorry yek team training yang sume lelaki tu..hehe)...

dah lame tak berlari-lari, berkejar-kejar, melompat-lompat, semalam semua tu kena buat...dengan meniarap nye..dengan tergedik-gediknye..aduh....betul2 macam stunt man semalam..tp..the event went soooo well...the excitement, the enjoyment, regardless the tiredness la...memang balik-balik tu surrender rasanya..dah la tak de exercise sebelum ni kan..tiba2 kne wat extreme explorace plak..memang tak la..pnat giler smp takleh tido..hahaha..pg ni 'miong' jap..ting-tong sbb not enuf sleep...heheh...

tp, ce tanya the whole team member sure sume rs its worth...penat mmg pnat, tp kepuasan di akhirnya tu..mmg tak sangka..'pinky girl' can make it till the end..tell u what.. we WON!..yeaaahaaa........actually, sgt 'unsangkarable' sebenarnya...gile bila tau we r da first to get the right answer, we the one who can break the code...kami terjerit kot...sangat tak expect ok..coz all the rival n competitors also like very competence and sgt2 terror2 ok..

again..what to say...WE ARE THE BEST AMONG THE BEST...hahah..thanks to all team member, rozanna, vithya, ms. teng n jaya...love u alls...appreciated all the efforts and spirit...if there any chances next times, sure will go with u all...this is one of the memorable moment dat i will cherish in my life...

letih tapi heppy,
penat tapi gembira,
lenguh tapi suka,
dikantoikan tapi menang... 
(siutttt jek dak All@^ tu kan..kenakan kita..)

thanks to all...really enjoy the nite...thumb up to training dept for the successful, brilliant, amazing and exciting event. love it..

- wassalam -



Monday, July 2, 2012

EvEnT VS BoNuS

Assalamualaikum w.b.t.,


ai blog..ok..pepagi yang murni ni nak komen psal event..hmm..this event held last saturday..here..ok the conclusion is the event was failed...no crowd...no nothing...this is the first event that really failed...budget giler-giler kot..memcam nak...but then, at the end of the day..wasted...


did they really plan this or not? no idea, but from what i can see, its not planned well..last minute also got a lot of things not yet done, haven't prepared. what la...i tot u hv a lots of xperienced doing this...


y am i soooo wondering bout this? of course la..im part of it wat?..if they used the money to give bonus to all staff, that's better..at least not dat wasted maa...correct ot not...? anyone agree?

BONUS!!! BONUS!!! BONUS!!!

bukanlah mengharap sgt pun, cuma daripada membazir utk benda xtentu arah, kan bagus jaga kebajikan staff..staff pn hepy..cant u see...

Tau Ker?

Assalamaualaikum w.b.t.,

betul ke aw tahu? macam mana aw tahu? siapa bagitau aw?

do u really know? how u know? who tell u?

ni zhen de zhi dao ma? xian zai ni zhi dao? shui gen ni shou?

kya tum janate ho na? tumne kaise janate ho? tumne keise bataya?

dangsin-i algo hal maj-jyo? dangsin-i eotteohge al-a? nuga malhaessji?

******************************************************************************************************************************
Entah kenapa rasa cam one kind bila dia tahu. Sedikit rasa kurang tenteram mungkin...kenapa? Aku pun tak tahu…It just dat……!!!!