Monday, September 21, 2015

JaDiKaN InI MImpI


Assalamualaikum w.b.t.

Allahuakbar…Allahuakbar..Allahuakbar…
Dua tiga hari dalam kebingungan..
Menerima kisah jiwa lara yang tidak terjangkau difikiran…
Mengapa jalan itu jadi pilihan..penyudah segala suka duka perhubungan..
Sungguh, sehingga kini aku masih menghadam cerita..
Kisah yang sulit bagai takkan sesekali diterima sesiapa..
Tegarnya dengan keputusan membuat hati gigih mencari punca…
Malangnya ia tersimpan kemas di dalam lubuk jingga…
Dalam sebuah bilik yang telah kehilangan kuncinya…
Dalam sebuah kapal yang telah karam dipinggir benua…
Dalam sebuah hati yang telah diseluputi resah curiga…

Moga ini semua mimpi..
Ya Allah, kau penentu segalanya..
Jadikan ia sekadar ujian dan bukan kesudahan..
Aku mohon…
Wassalam.



#maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?#

Wednesday, June 3, 2015

AlHamDUliLLaH...ReZeKi LaGi

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah...
Itu ucapan yang mampu dan sangat bermakna untuk sebuah berita yang baru kami terima malam tadi..
Sesungguhnya kuasa Allah itu maha hebat,..

Dengan izin-Nya akan adanya pernambahan ahli Zuana menjelang awal tahun hadapan..
Syukur Ya Allah..

Kau permudahkan urusan kami..
Berikan kesudahan yang baik untuk B.cik & Atie sekeluarga..Amin..

Doa kami sentiasa mengiringi kalian..
Jangan putus doa kerana sesungguhnya..
Ketentuan Allah adalah yang terbaik..


- Wassalam -

Friday, May 29, 2015

GeNaP suDaH 5 TahuN...

Assalamualaikum w.b.t,

28.5.2015...

Alhamdulillah...dengan izin Allah...usia perkahwinan kami kini genap 5 tahun...
Semoga perhubungan ini kekal hingga ke Jannah...

Alhamdulillah..ulang tahun kali ini diserikan dengan kehadiran Qaseh ibu...
Sungguh..pernah satu ketika aku seakan berputus asa..
Namun, aku tahu Dia adalah sebaik-baik perancang..
Dan kini aku miliki anugerah berharga yang tidak ternilai itu...
Alhamdulillah...

Kehadirannya menambah keceriaan, kegembiraan dan kebahagiaan buat kami..
Semoga rasa indah ini kekal selamanya...amin

Terima Kasih Allah untuk hadiah yang tidak terhingga ini..
Aku bersyukur atas kurniaanmu..
Alhamdulillah..

- Wassalam -

MoVe!!!

Assalamualaikum w.b.t,

Satu hari di awal minggu hari tu...

"Ayang, kita kena keluar dari rumah ini sebelum 15/6/2015!"

APEKE????? ini bukan gile ni..ni dah mereng cekereheng...
ade ke patut dengan xde notis pe sume..kami kena pindah dalam masa xsmp 3 minggu...
mana nk cari rumah agi..nk pack barang agi..nak cari lori agi...gile ke hape?

biar betik dorang ni wat kije..klo ikut marah..memang aku rasa nak cekik-cekik je org yang tak bertanggungjawab tu..

tp yelah,,sedar ini ujian buat kami..aku reda dalam paksa...pasti ada hikmahnya..

Ya Allah..permudahkanlah urusan kami...
Amin...

- Wassalam -

Thursday, May 21, 2015

DiGanGGu LaGi!!!

Assalamualaikum w.b.t,

"Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam"

21/5/2015...tepat jam 12.00 mlm..pembuka hari dengan 'kehadirannya' dekat denganku...
Bermula dengan jeritan dan tangisan si kecil..yang pada mulanya kami sangkakan kembung perut..
Namun, tangisan itu tidak reda..malah menjadi bertambah kuat dari masa ke semasa...

Sehingga jam 1.00 pagi..tangisannya menjadi semakin pelik..raungannya mengundang resah di hati..walau matanya sudah berat yang teramat sangat dengan kantuk yang jelas terlayar diwajahnya..namun dia masih gagal melelapkan mata..kami gagal mentafsir makna..

Sehinggalah 'dia' datang menghampiriku...sedekat-dekatnya...
Arahan supaya mencampak si kecil dari dalam pelukan aku terima...
Aku letakkan dia kebawah perlahan-lahan..hati masih mengalun zikir...
Mujur dengan izin Allah, aku bisa kuat dan waras berfikir..

Lantas ku dakap kembali si kecil ke dalam pelukan...
Dan melaungkan surah Kursi, Al-Fatihah dan 4 Qul...
Kuat...sangat kuat sehingga aku rasa jiran pun bisa mendengar bacaanku..
Namun aku teruskan sehingga tekakku terasa kesat...

'Dia' masih disitu..
Menunggu sesuatu dan mungkin mengharapkan sesuatu..
Yang aku tidak akan berikan sama sekali selagi akalku masih waras..

Abang melaungkan azan di dalam bilik..
Keluar dan mengarahkanku agar meneruskan bacaan..
Selesai 2 turutan surah2 dibaca, si kecil terus lena dengan senggukan akibat tangis yang kuat tadi..
Aku masih terus mengalunkan surah2 tersebut dengan kuat..
Berharap agar apa sahaja yang ada di situ pergi..sejauh yang mungkin...

'Dia' pergi seketika..
Kami bawa si kecil ke ruang kamar..
Aku letakkan dia di peraduaannyaa..
Dia tidak tersedar langsung..Penat barangkali...kasihan dia

Dan untuk kesekian kalinya..'dia' kembali hadir..
Dekat sekali lagi denganku seolah ingin menumpang disisiku..
Aku pegang Abang dan arahkan dia mengalun azan..
Dia terus bertindak dan melaungkannya 3 kali dengan sedikit kuat..

Abang arahkan aku tidur dan dia memegang tanganku..
Sehingga dia tiba-tiba bingkas kerasa 'sesuatu' kini berada di kakinya..
Lantas dia pegang kedua ibu jari sambil mulut terkumat kamit mengalun surah..
Aku maklum apa yang berlaku lalu terus berzikir di dalam hati..
Terus dan terus sambil tangan ku letakkan di atas si kecil..
Tidak mahu 'dia' atau apapun datang lagi menganggu..
Sehingga aku lena untuk sepertiga malam..

Inilah kisah pembuka hari 21/5/2015...
Semoga kemunculan 'dia' tidak akan sama sekali berulang..

Ya Allah...Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam
Lindungi kami Ya Allah..Jauhi kami dari 'dia'...
Sesungguhnya kaulah tuhan sekalian alam..
Amin, Ya rabbal'amin..

-Wassalam-

Tuesday, May 19, 2015

ApA SalAhKu???

Assalamualaikum w.b.t.

Kenapa? Mengapa?
Aku masih terfikir sebab dan musababnya.
Walau sehingga kini, aku masih gagal menemuinya.
Sungguh, kalau aku bisa menebak hatinya, pasti aku akan sangat gembira.
Kerana kelukaannya adalah kelukaanku jua..
Kerana dengan itu, aku akan dapat merasai apa yang dirasainya..

Ketahuilah bahawa mengecewakanmu adalah perkara terakhir yang akan aku lakukan...
Menyakitimu adalah perkara yang tidak pernah terlintas dalam fikiran...
Kesedihanmu adalah keperitan yang sama aku rasakan...

Andai aku bisa merungkap segalanya, pasti kau bisa memahaminya...
Kerana sesungguhnya aku tiada daya..
Kerana batas yang satu itu buat aku menyimpan segala...
Kerana dipenghujungnya, aku tidak mahu kau terasa, kecewa dan segala rasa yang membelenggu jiwa..

Kebahagiaanmu adalah keutamaanku..
Kehadiranmu mengisi kekosonganku..
Percayalah bahawa aku tiada niat melukakanmu..
Malah menyakitimu tidak langsung terlintas di benak fikirku..

Adakah ini tandanya bahawa aku perlu menoktahkannya?
Adakah ini maknanya sudah sampai masanya?
Adakah ini maksudnya semua telah cukup?

Ya Allah, aku memohon petunjuk dariMu..
Andai ini yang terbaik, maka permudahkanlah...
Andai ini kesudahan yang telah Engkau rancangkan, maka ringankanlah..
Andai ini ketentuan akhir jalan, maka tamatkanlah sebaiknya..

Terima kasihku buatmu atas segalanya,
Masa dan tenaga yang kau curahkan selama ini tidak akan aku siakan..
Sesungguhnya aku benar-benar gembira saat kau hadir mewarnai hariku..
Aku sangat-sangat teruja saat kau menerima tawaranku..

Namun, menyaksikan pengakhiran yang begini, bukan ku pinta..
Sungguh aku lelah dalam menanganinya..
Kerana sesungguhnya sayangku padamu tiada taranya..
Selamanya....

Note: Andai mungkin dikau mengerti.. :'-(

-Wasalam-


Wednesday, May 13, 2015

AlhAmDuliLLah...DiA KurNiaan ILaHi :-)

Assalamualaikum w.b.t,

Segala puji bagi Allah, atas segala rahmat dan nikmat yang diberikan...

Syukur yang tidak terhingga atas amanah yang dikurniakan buat kami..

Dia segalanya...Penyambung warisan, permata jiwa, penghibur hati, pengarang jantung, penguat semangat, pengubat lara, peneman sunyi, Dia segalanya...

Sesungguhnya aku bertuah kerana masih diberi peluang untuk merasa susah senang seseorang bergelar 'ibu'

Alhamdulillah...semoga dengan kehadirannya menambah seri dalam hidup kami..melengkapi kekurangan kami...menyempurnakan hari-hari kami...

Ya Allah, kau panjangkan usianya, jadikan dia anak yang solehah, anak yang sihat, anak yang baik..anak yang bijak dari segi fikirannya dan cantik lengkap dari segi fizikalnya...

Ya Allah, jauhkan dia dari sebarang penyakit, lindungi dia dari gangguan syaitan, jadikan dia ank yang patuh dan taat kepada suruhanMu, jadikan dia anak yang mendengar kata, Kau buka dan lapangkan hatinya menerima ilmu pengetahuan...dan berikan penyudah yang baik untuknya..amin

Segala puji bagi Allah atas nikmatnya yang tidak terhingga..syurkran Ya Allah..

Kaseh ibu,
Awak segalanya buat ibu..membesarlah menjadi insan yang berguna pada agama bangsa dan negara..sayang ibu buat Kaseh is forever and never end till the end...love you sooo much dear...

Dia Kurniaan Ilahi.. :-)

Wassalam.



Friday, May 8, 2015

NeW BoSS !!!

Assalamualaikum w.b.t.

Hi olls..
juz nak announce...
we got new boss report duty last Tuesday...
He's a White Guy...

waaaa...dunno how to deal wif him..
hopefully all went smooth..
and hope he's ok s a boss
coz my current boss is da best boss i ever had all this while..

unfortunately..he alr resigned..
sorry that you're leaving..
but seriously, sad that you'll leave... :-(

wish u all da best in your career and future endeavor...
gonna miss u..
really!!! :-(

JJC da BesT!!!

Assalamualaikum w.b.t,

hi olls....
today nk comment on satu novel yg bru aku hbis baca..
setelah beberapa hari bersenandung nk menghabiskannya..hehe
JJC (Jangan Jatuh Cinta) novel garapan Adah Hamidah kali ni sangat manis...

aku sangat puas hati dengan jalan cerita dan penyampaiannya..
aduh..tetiba cam terjatuh hati ngan Afdhan..
sungguh watak dia satu dalam beratus watak novel yg pnah aku baca..

thumb up to Adah coz berjaya memancing hatiku dan pembaca lain dengan kelauran kali ni...
keep it up.. :-)
i will support u forever..
gambateh!!!


Cover JJC :-)

Tuesday, April 28, 2015

UpdATeS!!!

Assalamualaikum w.b.t.. Ya allah..berhabuk..bersarang..berkerawang...haaaaa... last update: 30/7/2013?? what the...???? Nmpak na busy...busy ker? entahla.. last few months mmang bz habis..but before that? mungkin xberkesempatan la kot.. sorry ya blog..melupakanmu seketika.. bukan bermakna meninggalkanmu selamanya.. im back to post...lots of story.. so...stay tuned!!!!!!