Saturday, January 28, 2012

CuTi CuTI MalAYsia

Assalamualaikum w.b.t,

SAtu lagi n3..kali ni nak bercerita pengalaman aku sepanjang cuti CNY. Yeah, pembukaan untuk tahun baru, percutian ke kampung abang. hehe..setalah setahun lebih mendirikan rumah tangga, ini kali pertama aku sampai ke kgnya..tanggal 20/1/2012 kami bergerak pada jam 10.30 mlm. ke rumah emak di sentul pick up jamie n kamariah. then meneruskan perjalanan ke sedaka, kedah. wow, pada pengamatan aku, inilah perjalanan yang paling jauh bersama en. persona. hehe..dan pastinya abg sangat2 pnat. yelah, pagi tu kerja smp kul 5 then mlm plak drive dkat 8 jam. mau xpnat. sib bek kje WP, kot kije pg alamat tak balik la kami mlm tu.

perjalanan kami lancar walaupun ada certain2 area yg jem sket. biasalah cuti pnjg, sume org pakat balik kg. dats y we also take this opportunity to balik kg. sepatutnya hanya 6 jam je ke sana, skang da jadi 8 jam. nasibla ye abg. dah abg sorang jek yg leh drive dlm kete ni. tepaksa la. walaupun adakalanya dia macam mengantuk, dia still tak nk benti bila aku suruh, tak sabar gak nya nk smp ke kg halaman yang da hampir 7 8 tahun ditinggalkn. maklumla, tuk nenek da takada, tinggal pkcik mkcik je, inilah jadinya.

kami smp dlm kul 7pg. smp jek, kenal2 seisi rumah Ndak Pah, dorang pakat tido, nak lepaskan penat. aku plak, segan gila. takkan smp2 je nk tido kan. da borak2 nk wat2 bodoh, dalam kul 8.30 pg brulah aku join da club. tdo-tdo mesia. tp time tula sume jiran, pcik mcik dtg bertandang. bertambah malu aku. tapi mengenangkan rasa mengantuk yg sgt2 since da whole nite xtdo, aku lelap gak lah akhirnya. dan mcm biasa, aku yg sedar dlu. dlm kul 9.30 aku tersedar. dengar org borak2 kat dpur dan ndak pah dah goreng sumting. lg la aku xbetah. trus bgun mandi, tlg msak2 n borak2.

sepanjang ada kat san, boleh dikatakan tiap masa kami berjalan. mmg tak duk kat rumah la...anak2 ndak pah pun kami angkut skali.huhu..mmg cuti hbis la kiranya. tp syok. ni pluang tuk akku dekatkan diri ngan family n adk bradik abang yg sblm ni tak brapa rapat. maklum la, jmpa pn tahun 2 3 kali jek. alhamdulillah dengan adanya xtvt cmni, mmg leh merapatkan silaturahim.

dlm kepenatan bagai, sempat gak kami keluar negeri, heheh,,,ke penang. hari ahad tu kami 2 biji kete ke penang. pergi bukit bendera, batu feringgi, naik feri n etc. mcm2 xtvt smp lenguh rs kaki ni. esoknya plak, pergi mandi manda kat titi hayun. besh, da lme tak mandi jeram. air sjuk gile kot..heheh...

esoknya sblm blik kami sempat ke pekan rabu. lbih krang cam psar payang la gak..then hbis tu lbih krang dlm 1 lebih kami trus grak blik KL. walawei...mmg pnat..smp sini pn dlm kul 7 lbih. anta dak duaorg tu trus g mkn n blik umah. dlm kul 9 smp. smp mandi, solat n trus tdo.

itulah kisah sepanjang cuti 4 hari CNY. harap2 ada lagi percutian dlm tahun ni selepas ini. hehe...ini pengalaman tambahan untuk diselitkan dalam kamus hidupku..:-)

sekian. wassalam.

TaHUN BArU

Assalamualaikum w.b.t,

ai blog..rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan hepy new year kan.. (yeke xlambat? bukan dan nak hbis 1 bulan ker dlm taun baru ni) hehehe...xpela..kekangan masa buat aku tak sempat nk mencoret dalam blog ku tercayung ni..sory ek blog, slalu jek biarkan awak sorang2 tanpa teman..my mistakes..apologizes... :-(

Anyway, tamat sudah 2011 and here come 2012. Dengan doa dan harapan agar tahun baru ini lebih bermakna dari segala sudut, insyallah. banyak kenangan pahit manis yang dah aku lalui sepanjang 2011 dan rasanya tak perlulah nak recap blik. biarlah ia menjadi sejarah dan kenangan dalam kamus hidupku.

Semoga tahun ini Allah permudahkan perjalanan hidup kami di dunia pinjamannya ini. jauhkan kami dari segala anasir kejahatan samaada lahir atau tersembunyi, jauhkan kami dari syaitan yang direjam. semoga dimurahkan rezki kami. semoga diperkenankan doa-doa kami (dengan sepenuh hati kami berdoa agar dikurniakan 'dia' buat penyeri rumahtangga kami, bantulah kami Ya Allah). semoga diberkati hubungan sesama kami moga ia kekal abadi di dunia dan akhirat. (abang, doa ayang agar cinta kita biar sampai ke syurga, insyaallah). lindungi kami dari iri hati, dengki dan sifat-sifat munafik. tingkatkan kesabaran kami dalam menghadapi dugaanMu dan tetapkanlah hati kami untuk sentiasa berpegang pada jalan Mu serta sentiada berada dalam rahmat dan kasih sayangMu.

Segala ketentuan adalah ditanganMu. jika ianya baik untuk kami, maka perkenankanlah. sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui. Kami hanya hambamu yang kerdil, berserah dan redha dengan takdir yang telah ditulis untuk kami. semoga kebahagiaan abadi milik kami di dunia dan akhirat. Amin ya rabbal alamin.

wassalam.