Thursday, December 22, 2011

AyUN AtiRa

Assalamualaikum w.b.t,

Ya Allah, dalam banyak-banyak kesah, rupanya aku lupa nak titipkan kisah yang satu ini...salah seorang sepupu kesayanganku ATIRA..cam ne leh tertinggal kisah awok ni sayang..hehe..sowi..bz sangat dat time smp tercicir plak..sowii hooo...

ok, kisahnya, atira diterima to further study kat negeri omputih..Dublin, Ireland...waaa...kami tumpang gumbira..sngt excited, melebihi tuan punya bdan..a week before she left, kami serang rumah dia..kami 1 family gi umah P.nyah kat nilai. just to say gudbye n utk menitipkan sedikit nasihat2 sebelum keberangkatannya ke sana.

Dia sedikit murung..depressed...mungkin memikirkan perpisahan sementara dengan keluarga buat dia tidak sanggup. maklumlah, dari dulu dia tak pernah berjauhan dan berpisah dengan keluarganya. pernah dulu dia ditawarkan belajar di SMAP, Labu. beberapa bulan disana..akhirnya dia memilih untuk bersekolah di sekolah biasa. gara-gara penyakit homesick yang tidak dapat dielakkan..dan kini..sejarah perpisahan bakal berulang kembali...tentunya dia sangat tidak menyukainya...

berbagai ayat yang kami lontarkan untuk mnasihatinya..mengingatkannya bahawa tidak semua orang mendapat peluang yang sama sepertinya, jadi hargailah...dia agak serba salah samada mahu menerima atau menolak..ikut m.ngah, tolak sahaja, namun p.nyah berkeras suh terima..dan akhirnya, dia menerima dalam paksa,...dibulatkan tekad keberangkatannya kesana hanya utk mendapatkan segulung penghargaan yang boleh dijadikan bekalan di hari akan datang..

hari dia berangkat, aku tidak turut hadir..aku dan abang bekerja..dan kebetulan flightnya agak awal, seawal jam 8 mlm, so, kalau aku pergi sekalipun, tentu tidak berkesempatan bertemunya..tapi ada aku titipkan sesuatu untuknya..buat dikenang dikala kejauhan..aku beli dengan aabng..abang yang banyak bagi idea..aku mmg dr mula lagi dan tringin nak bagi dia 'Message in a Bottle' lalu aku keluar mencari brg..dan akhirnya benda yg aku dpt sgt2 comel..abg pandai juga mmilih..kagum aku melihat hasilnya..itulah, sedikit pengisi kekosongan saat atira berada dlm keadaan homesick yg sgt tidak terkawal..

ok atira..semoga perjalanan ke sana membawa seribu satu pengalaman yang pasti akan mendewasakan dn mematangkan diri..amik ini sebagai titik untuk belajar hdup berdikari dan berdiri atas kaki sndri..kami di sini sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan buat Atira..bla da berjaya, jgn lupakan kami ye..ingat, kesepian itu mengajar kita menghargai, kejauhan itu mengajar kita memahami dan kekosongan itu mengajar kita menyayangi...hargai peluang yang ada dan jangan sia-siakan harapan dan pengorbanan orang tersayang speciall our parents, ok...

lots of luv from ur lovely cousin, Anyah.. :-)

salam tahniah buat Atira tersayang...muahh.. :-*

- wassalam -

Thursday, December 15, 2011

MeLihAt PuLangNyA BUruNG


Assalamualaikum w.b.t.

Melihat pulangnya burung, aku menangis
Melihat hilangnya mentari, aku menangis
Melihat cahaya menjauh, aku menangis
Melihat kelamnya suasana, aku manangis
Melihat gelapnya malam, aku menangis

Saat itu, ada takungan ditubir mata
Saat itu, ada pedih menghiris luka
Saat itu, ada rindu mengulit rasa
Saat itu, ada sepi meneman jiwa
Saat itu, ada lara menjentik sukma

Lalu bisakah dikau mengerti
Bolehkah dikau memahami
Sanggupkah dikau menyelami
Erti kasih bukan sekadar dibibir
Erti sayang lebih dari terjemahan
Erti rindu berupa kesinambungan
Erti cinta adalah kehidupan.

- Wallahualam -

Wednesday, December 7, 2011

TeNtANg LArA HAti


Assalamualaikum...

Hi blog, again...arini rasa cm byk nk dikongsikan...
yeah, klu dlm en3 sblm ni aku merencana kan kisah 2 3 minggu sblm ini...kini pula aku menceritakan kisah lara hati...dan dengan segala kepenatan dan kelelahan yg aku tempuhi kebelakangan ini, terselindung hikmah yang amat basar rupanya..aku berjaya mengawal ingatan pada perkara yg 1 itu. kalau sebelumnya aku terbelenggu, tp alhamdulillah, berkat kesibukan itu, aku tidak lngsung memikirnya..bguskan blog. pling kurang jiwa tenang tanpa dibelenggu rasa sengsara dan kecewa itu...

walaupun semua nya seakan pudar kini, namun aku msih lagi mmpu tersenyum..walau adakalanya aku menangis, senyuman masih ada dibbir, kerna apa? kerna adanya Dia dan dia..alhamdulillah...Dia dan dia banyak membantu aku disaat kepedihan ini datang...Dia memberikan aku sepenuh kekuatan dan kesabaran untuk aku menangani masalah ini dan sering memberitahu bahawa Dia sentiasa ada disisi selagi aku tidak melupakanNya...manakala dia pula menyuntik semangat ku dan meyakiniku bahawa sesungguhnya ini lah lumrah kehidupan, inilah percaturannya dan inilah perjanjiannya...

dengan kasih sayang dan cinta dari Dia dan dia, aku terus bangun...mencari ruang diri sendiri..mencuba utk tidak menyakiti dan disakiti utk kesekian kalinya..mungkin tidak mempeduli dan melarikan diri adalah perkara paling wajar yg patut aku lakukan saat ini. atau lbih tepat lagi tidak mencampuri sgalanya lagi..kerna kehadiran ini adakalanya menambah bara dihati mereka...aku percaya, kbenaran akan terbuka juga akhirnya..kerna setalah segalanya aku berikan takkan sedikit pun tidak di endahkan...setelah banyak yang aku hulurkan takkan sedikitpun tidak diumpamakan..setelah separuh kegembiraan aku biarkan diragut pergi, takkan sedikit kebahagiaan pun tidak tinggal untuk aku...?

aku yakin..kegembiraan pasti akan jadi milikku..kebahagiaan pasti bersamaku akhirnya.. amin..

- wallahualam. -


CeriTA CEriTi

Assalamualaikum...

Dearie blog... lame kan xbercerita...lately nie pn update tanpa kata je yg kuar..bkn xnk mnulis, tp faktor masa yg sgt2 terhad. kebuntuan waktu dlm menyelesaikan tugasan harian sampai ke detik ini pun rs cm penat pun xhilang ag...

last2 week ade ajeng's engagement celebration n blang+nisa solemnization at our side pulak.. very nice, ajeng look very pretty..heheh..ade yg ckp cam nk kawen..hehhehe..org mmg da cntik kan..wat cmne pn still terserlah keayuaannya..untunglah ezad...hihihi..tahniah wat 2 couple tu..ajeng + ezad dan juga blang + nisa...penat, hmmm, toksah kata la...mmg the whole day since arrived kat kg tu xde lepak pon smpaila hari nk blik ke sini..dorang pakat MC aku pun rs nk join. tp yelah sbb cuti da bes dan mengenangkan aku baru jek amik MC aritu, aku padamkan niat 'suci murni' tu..huhuhu...

habis tu, pulun plak tuk annual dinner...mmg gile kentang la...x tekejar rasanya. event kan.... besela, even da start planning n implementing 2 bulan sblm pn stil rs cm sume xsiap...nmpk cm sume last minute..hish...nape la agaknya? sbb rmai yg xbegerak atau sbb byk sgt kje, atau sbb sume keje2 pelaksanaan tu  2 3 org jek yg buat...hmm...dr blik aritu smpai la ke mlm event, mmg mcm tasmania wat kije..sume bnda nk ingt, sume bnda nk buat, smpai kat umah pn blik tuk tdo jek..hissh...tp, mujur alhamdulillah, event well very successful...rmai gak yg komen event menjadi even mknan xbape sdap. adatla kan, mana ade bnda perfect dlm dunia nie...dlm sume event pn msti ade satu dua bnda yg xok...tp alhamdulillah, pujian dr bos besar da memadai kot..hehe..wat bayar blik pnat lelah..

itulah sdikit crita utk dikongsi...pnat..sungguh pnat..tp aku percaya, hikmah disebalik pengorbanan..pastinya boleh membuatkan bibir tersenyum kemudiannya..like common thought...what you give, you get back. :-)



Saturday, November 19, 2011

YaNg BaiK ITu

Assalamualaikum w.b.t.


Sayang,
Ini ujianNya...
Bersabarlah, bertabahlah,
Sungguh, kadang saya juga sakit,
Selalu saya juga penat,
Sering saya juga pedih.


Luka ini,
Biar kita simpan sebagai pengajaran
Biar kita simpan untuk pengalaman
Biar kita simpan jadi kenangan
Kerana walau sebanyak mana pun yang dilakukan
Ia tetap tidak merubah tanggapan 
Kerana pada mereka kita tetap kita


Ketahuilah,
Kalau awak merana, saya lebih lagi,
Kalau awak kecewa, saya lebih lagi,
Kalau awak terluka, saya lebih lagi
Kalau awak sengsara, saya lebih dulu merasakannya.


Biarkan,
Biarkan mereka terus berprasangka,
Kerana selain kita, ada Dia yang Melihat,
Biarkan mereka terus menuduh,
Kerana selain kita, ada Dia yang Mendengar
Biarkan mereka terus menghukum,
Kerana selain kita, ada Dia yang Maha Mengetahui


Semoga,
Di penghujung jalan cerita,
Ada sinar buat kita
Ada indah bagi kita
Ada bahagia untuk kita
Ada segala-galanya tanpa derita.
Menantilah sayang,
Menantilah dalam sabar,
Menantilah dalam tenang,
Menantilah dalam damai,
Kerana sesungguhnya 
Yang baik itu hanya dariNya.


Amin.

Friday, October 7, 2011

The Images of Mother


Assalamalualaikum,

The Images of Mother

  • 4 YEARS OF AGE ~ My Mommy can do anything!
  • 8 YEARS OF AGE ~ My Mom knows a lot! A whole lot!
  • 12 YEARS OF AGE ~ My Mother doesn't really know quite everything.
  • 14 YEARS OF AGE ~ Naturally, Mother doesn't know that, either.
  • 16 YEARS OF AGE ~ Mother? She's hopelessly old-fashioned.
  • 18 YEARS OF AGE ~ That old woman? She's way out of date!
  • 25 YEARS OF AGE ~ Well, she might know a little bit about it.
  • 35 YEARS OF AGE ~ Before we decide, let's get Mom's opinion.
  • 45 YEARS OF AGE ~ Wonder what Mom would have thought about it?
  • 65 YEARS OF AGE ~ Wish I could talk it over with Mom.


- Wassalam -

Tuesday, October 4, 2011

AdAkAh...

Assalamualaikum w.b.t...

adakah???
benarkah ini???
mungkinkah lagi???

seandainya ini ketentuanMu,
aku redha aku terima aku syukur
naluri ku membenarkan rasa,
namun akalku menidakkannya,

saat hati mengaku benar,
akal ligat berkata salah,
saat jiwa melonjak girang,
fikiran seolah tepu sudah

bersetuju dengan hati,
mengundang sinar di hari
sepakat dengan akal,
memungkiri kehendak diri

ajaibnya perasaan ini
bisa tersenyum tatkala mengiyakan
bisa bersedih tatkala menidakkan
indahkah andai keduanya saling bertingkah?

mengkhianati hati atau melupakan akal
biarlah masa menentukan..
kerna disebalik ketentuan
pasti terselit hikmah kejadian..

...Wallahualam...

Monday, September 19, 2011

BeAUTy Of MAtH





Beauty of Math!

 1 x 8 + 1 = 9
 12 x 8 + 2 = 98
 123 x 8 + 3 = 987
 1234 x 8 + 4 = 9876
 12345 x 8 + 5 = 98765
 123456 x 8 + 6 = 987654
 1234567 x 8 + 7 = 9876543
 12345678 x 8 + 8 = 98765432
 123456789 x 8 + 9 = 987654321

 1 x 9 + 2 = 11
 12 x 9 + 3 = 111
 123 x 9 + 4 = 1111
 1234 x 9 + 5 = 11111
 12345 x 9 + 6 = 111111
 123456 x 9 + 7 = 1111111
 1234567 x 9 + 8 = 11111111
 12345678 x 9 + 9 = 111111111
 123456789 x 9 +10= 1111111111

 9 x 9 + 7 = 88
 98 x 9 + 6 = 888
 987 x 9 + 5 = 8888
 9876 x 9 + 4 = 88888
 98765 x 9 + 3 = 888888
 987654 x 9 + 2 = 8888888
 9876543 x 9 + 1 = 88888888
 98765432 x 9 + 0 = 888888888

 Brilliant, isn't it?

 And look at this symmetry:

 1 x 1 = 1
 11 x 11 = 121
 111 x 111 = 12321
 1111 x 1111 = 1234321
 11111 x 11111 = 123454321
 111111 x 111111 = 12345654321
 1111111 x 1111111 = 1234567654321
 11111111 x 11111111 = 123456787654321
 111111111 x 111111111= 12345678987654321

******************************************************************************************

 Now, take a look at this...

 101%

 From a strictly mathematical viewpoint:

 What Equals 100%? What does it mean to give MORE
 than 100%?

 Ever wonder about those people who say they are
 giving more than 100%?

 We have all been in situations where someone wants
 you to GIVE OVER 100%.

 How about ACHIEVING 101%?

 What equals 100% in life?

 Here's a little mathematical formula that might help
 answer these questions:

 If:

 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

 Is represented as:

 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
 21 22 23 24 25 26.

 If:

 
H-A-R-D-W-O- R-K

 8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%

 And:

 
K-N-O-W-L-E- D-G-E

 11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%

 But:

 
A-T-T-I-T-U- D-E

 1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

 THEN, look how far the love of God will take you:

 
L-O-V-E-O-F- G-O-D

 12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%

 Therefore, one can conclude with mathematical
 certainty that:

 While Hard Work and Knowledge will get you close,
 and Attitude will get you there, It's the Love of God that will put
 you over the top!

Monday, September 12, 2011

YaNg TErbaik UntUKmU


Sebuah karya yg sesuai utk semua
Bagi yg bujang, boleh ambil iktibar
Bagi yg belum dan bakal berkeluarga, boleh belajar
Bagi yg berkeluarga, perlu mengajar

KALAU BERCINTA…..
Untuk suami, renungkanlah pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah…
Pernikahan mengajar kewajipan bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
Pernikahan mengajar kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH SWT,
kerana memiliki isteri yg tak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa

Kamu bukanlah Rasulullah SAW 
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah!
Kamu cuma suami akhir zaman yg berusaha menjadi soleh..amin

Untuk isteri pula, renungkanlah…
Pernikahan membuka tabir rahsia
Suami yg menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad SAW
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Pun tidak setabah Ayyub
Ataupun segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman 
yg punya cita-cita membangun keturunan yg soleh
Pernikahan mengajar kewajipan bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami adalah nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yg nakal, kamu adalah penonton kenakalannya

Saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan mengajar kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH SWT
Kerana memiliki suami yg tak segagah mana
Kamu akan tersentak dari alpa

Kamu bukanlah Khadijah yg begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar yg begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yg berusaha menjadi solehah..amin

Justeru itu, wahai para suami dan isteri
jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya 
Suami & isteri ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah, 
andai diri tidak semulia Rasulullah SAW 
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis, 
andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf, 
seandainya kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim, 
andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah…

-Wassalam-

Wednesday, September 7, 2011

AKhiRnyA bERsAtU...

Assalamualaikum w.b.t...

ai blog..myb da lmbat utk aku titipkan kisah nie...tp nk wat cmne..msa dan keadaan x mengizinkan..skang bru aku rs nk menulis perihal ini...hehehe...

last entri aku ade cite tentang percutian kami...disebalik mengumpul kenangan bersama sewaktu percutian keluarga, tahun ni juga menyaksikan kisah baru dalam hidup adikku sorang nie...balang...yea..tanggal 10/6/11 dia selamat diijabqabulkan dengan kekasih hati (merangkap isteri da) niesa. pernikahannya berlangsung pada hari jumaat di kediaman niesa. kami 'berangguh'/ menetap di sebuah rumah yang dicari sendiri oleh niesa berkat pertolongan 'mak cu' nya. sebuah rumah milik k'jaan. hmm...pada hari jumaat tu semua berkumpul di rumahku dikampung. hanya aku dan abang yang gagal blik utk bersama2 mereka lantaran cuti yang hnya tinggal 2 3 kerat. aku hnya mengambil cuti half day sahaja. setelah hbis tugas, aku terus pulang kerumah utk mengambil brg2 keperluan dan dengan tergesa2 kami pergi ke rumah tumpangan itu utk membersihkan mana yg perlu..

kebetulan hari Jumaat, mana blik pukul 12 nye, mana jln jam nya, mana abang nak pegi solatnya, mana nk kejar ke rumah nya, mana nk packing barang masuk keretanya, mana nak pergi kemaskan rumah tumpangannya..aduh..lelah aku dan abang hari itu...tapi xpe..mengenangkan hanya kami yang ada utk membantu tika itu..aku teruskan juga...

kami smp dirumah tumpangan, ngam2 azan tgh berkumandang..abang drop aku then trus g solat..cian die..pnat ye abang..xpela...kita hdup berkeluarga...heheh..aku ditinggalkan utk mengemas ape yg ptut...trus trang, dr ari pertama aku berkunjung ke rumah ni dlu utk tgk2 keadaanya, aku da rs one kind..rs cm scary smacam pn ade umah ni, tambahan agi bla tgk dr lua..cm sesuatu sungguh...tp aritu da trpksa, aku gagahkan juga..heheh...aku buang rs yg entah apa2 dan trus menyiapkan tugasanku...

xlama selepas tu..rombongan dr kg pn smpai..aku hepi sgt2..tgk rmai yg ade...after kmas2 sket..kami pn bersiap utk pergi menyaksikan saat manis balang bergelar suami. seronok, gembira, sedih, semua bercampur menjadi 1. akhirnya tanggal 10/6/11 balang bertukar status. mungkin berkat doa semua dan kesabaran mereka dalam menjalani pelbagai dugaan sewaktu bercinta. mungkin juga kerana persefahaman dari hubungan yang terjalin sepanjang 8 tahun berkawan..apa yang pasti, jodoh itulah yang telah ditetapkan utk mereka..aku tumpang gembira...

smoga adik2 ku bahagia selamanya. amin... :-)

Tuesday, August 9, 2011

TANPAMU

Nice song..really...

TANPAMU...
Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang

Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu

Tanpamu nafasku terhenti
Keranamu aku ada disini
Tetap bersamaku selalu disampingku
Untuk selamanya
Untuk selamanya

Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu


Kasih yakinlah kepada diriku
Sayang dan cintaku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu

Kasih yakinlah kepada diriku
Sayang dan cintaku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu
Cintaku padamu

MENYEPI....

Assalamualaikum w.b.t...

BLOGGGGG!!!!!!! windu nye..lme da x jenguk n update kan..miss me? hehehe..sowi blog..meninggalkan awak agak lma..berikutan kekangan masa dan kadangkala, ada masa idea plak xde nk nulis..da berapa bulan ek..since March kan aku xmnulis pape kat cni...dkat 5 bulan da...waa....mungkin setelah aku menjalani sesi 'terapi' sendiri..maka kini aku kembali..hehehe...
sesi 'terapi'??? bolehla dikategorikan 'terapi' bilamana aku dalam proses mengembalikan kekuatan dan keceriaan diri...setelah 2 3 bulan dalam kekecewaan yang aku rasa tidak sepatutnya aku simpan dalam diri saat itu..bukankah sebagai hambaNya aku harus reda dan pasrah akan ketentuanNya. Ya, kesilapan aku kerana terlalu leka dengan ujianNya sehinga terbawa-bawa dengan hati dan perasaan menanggung kekecewaan. Kini aku tahu, ujian ini kerana Dia menyayngiku..acapkali diuji, maka Dia mengingatiku..lantas aku terima suratan ini dengan hati terbuka. Dengan penuh syukur bahawa aku adalah antara hambaNya yang terpilih.Alhamdulillah Ya Allah. Maafkan atas kekhilafanku...

Anyway beberapa bulan kebelakangan ni berbagai perkara berlaku..da sekian lama kami sefamily xkemana2, tapi akhirnya berjaya gak kami meneruskan plan asal iaitu percutian keluarga yang aku kira amat2 manis. Nak2 plak, tempat yg xpernah dikunjungi..adus.,..mmg besh..destinasi pilihan kami ialah..LANGKAWI..pulau lagenda itu..mmg enjoy sgt..sesekali dpt mencipta kenangan baru, nk2 kali ni dgn seluruh family dan dgn hdirnya org baru dlm keluarga kami, sape agi..cik abg aku la..hehehe...pengalaman pertama abg dan chobie fly..tergambar keterujaan d wajah masing2..seronok...mcm2 tempat yg kami lawati, semua tmpt bersejarah..sib bek ade ayong n abg yg jd pemandu plancong..kot x, nanar gak mencari jln pulang..hahaha..dorang da 2 3 kali pergi maka dengan itu, dorang telah masak aku kira dgn tempat2 dan jln2 disana. bab makan sket la menjadi masalah dsana...yang mana nasi menjadi makanan utama family kami, nak2 ayah. xleh xdpt nsi..so, agk problem sket coz..kdg bla da berjalan terlupa plak psal mkn..da lewat ptg bru la ingt..then ms tu huru hara gakla mencari makanan..hehehe..tp sume tu kenangan..yg pling besh, of coz la bab bergamba..sakan gakla kami bergambar kat sana...tmpt cantik..dpt plak 1 family..of coz nk jdkan momento buat kenangan dihari akan datang...apepun ENJOY sgt pengalaman bersama 1 family terchenta..heheh..harap Allah berikan lagi kesempatan utk kami sekuarga bercuti bersama2 seperti ini...

itu kisah end of march...then early may, skali lagi aku berhijrah melihat negeri org..kali nie...mngikut pihak belah abg plak..hmm..mulanya mmg budget xnk pegi, memandangkan cuti aku yg kian sedikit...tp mcm kesian gak kat abg,. so akhirnya kami sebulat suara bersetuju join dorang (zana + kamariah)..destinasi kali nie ke KUCHING, Sarawak..heheh...nun jauh disana...kami terbang berasingan..dorang g dlu then aku ngan abg fly kemudian sedikit..serasa cm kmi nk g Honeymoon plak..coz berdua jek kan..heheheh..actually aku bukan kisah pn kemana, honeymoon ke x...janji abg ada bersama ku itu da memadai...disana pulak, Kamariah yg jd tour guide kami...de tmpt penginapan, tmpat pelacongan sampai la ke tempat makan, dia yg decide n tunjukkan..kami cume follow..heheh...yg beshnye kat sana, kami agak rileks dan xterikat ngan jdual perjalanan..myb sbb kami g byk hari n itupun di susun dgn baik..kepenatn tu xtrasa sgt..klaka bla ingt blik hal Lissa yg takut nk berjalan diatas jambtan buloh yg ade kat Perkampungan Budaya disana..dia membuatkan laluan tiba2 menjadi 'jam'..lantaran dia hnya berdiam diri dan tidak mau bergerak..puas juga aku tanamkan keyakinannya utk teruskan perjalanan..kerna saat itu aku berada btul2 dibelakangnya..so da jd tnggungjwp aku la nk jga dia..heheh..lissa, lissa...sbut sal dia..ms blik je dr bercuti aku sgt terasa kehilangan..sampai berhari2 call zana minta izin nk ckp ngan dia..tp time tu gak la dia da tdo..myb sbb terlalu rapat ngan dia disana,,, kemana pegi pasti aku dicarinya, jd aku jatuh sayang sgt plak kat dia...heheh..

diam xdiam, sape sangka, tahun nie..2 kali aku pergi bercuti..huhuhu...byk kenangan aku utk disimpan taun nie..heheh..smoga bertambah kemesraan kami sekuarga..

harap2 taun dpan ade lagi la peluang nk wat benda2 cmni n kongsi kegembiraan bgini ngan abg n kuarga terchenta...harap kasih sayang kami mkin utuh dan teguh hingga ke akhir hayat..amin...

salam...

Saturday, March 19, 2011

Di Penjara Janji

Assalamualaikum w.b.t.

blog..ske sgt lagu nie...

Hatiku digirisnya lagi
Kali ini lebih dalam dan pedih
Kerna aku sudah berjanji
Dia cinta ku yang terakhir
Sungguh tak pernah ku menduga
Dia akan mengulanginya semula
Namun untuk menodai cinta
Dan membiarkan aku sengsara
(*)

Dia tempat ku sandar
Angan ku pendamkan
Satu percintaan
Yang bisa ku jadikan
Tangga-tangga ku ke pintu syurga
Meleraikan rindu
Mengecap bahagia
Yang kerap dimadah
Insan yang murni
Yang dah rasakan cinta
Yang aku mimpi
(Ulang *)

Sungguh tak pernah ku menduga
Dia akan mengulanginya semula
Namun untuk menodai cinta
Dan membiarkan aku sengsara

-wassalam-

Thursday, March 17, 2011

Nape dlm dunia ada org ba@#$^g???

Assalamualaikum...

bloggggggggg....aku geram..bengang...menyampah..meyumpah...nape ade org ba$%ang cmni..??
kot ye pn nk cpt naik, nk dikenali, nak kipas bos, xyah la cmtu sgt..ko ingt ko besh sgt ker?

eeeiiiii..gram sungguh la..aku xkaco hdup ko, leh x, ko jgn kaco hdup aku..mencii sungguh la...xske2...
npe ek blog..npe mst ade org yg xleh snang ngan klbihan org len..cm xkne mngena gle, aku plak jd mangsa..
xske..xske..xske..sib bek ade ketua yg sgt2 ok n understanding..

aku salute dia..kira tabik spring r..dia keep backing aku..aku tau dia syg aku..luv u 2 boss...much2...thanks a lot for being there for me..timer ksih byk coz sanggup betekak ngan org xde moral tu..siap pjuk2 aku lagi tuh...mmg aku syg bos..hehhehe..ni bkan ampu..juz dat..aku ske cr dia treat aku..really..xla rs cm ditindas abis-abisan oleh kel-kel tu sume..dasar kel xsdar dri..menciiiiii...

oppsss..sowi blog...arini kne dgr luahan hati ku..trasa nk lpas gram la..sowi yea...actually aku da ok da..bla my besh fren 'jen' n bos pjuk..hehehe...luv u guys..
k blog..s u later..

-wassalam-

Tuesday, March 15, 2011

Wanita Dan Kuasa Yang Dimillikinya

KUASA PUJUKAN PEREMPUAN
* Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi.
Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki
boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut
kehendaknya.

* Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki
disebabkan daya pujukan wanita :

1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon

* Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan
seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran
tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran
dan kekuatan agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda
yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.


KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN


* Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh
menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan
perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada
pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap
Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal
yang diredhai Allah.


KUASA LAYANAN PEREMPUAN


* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi
dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan
baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan
sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang
diminta akan dipenuhi dengan mudah.


KUASA DOA PEREMPUAN


* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya
lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw:

"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah
?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang
yang penyayang tidak akan sia-sia."


KUASA TAQWA PEREMPUAN

* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani
apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling
dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya
melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki
kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan
penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa.
Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah
serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah
swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk
menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti
dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki,
kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut
perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian
melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan
kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis
Rasulullah saw:

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di
air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar
baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan
diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."

Friday, March 11, 2011

BEAUTY OF A WOMAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Beauty of a Woman~


The beauty of a woman is not in the clothes she wears,
The figure she carries, or the way she combs her hair.
The beauty of a woman must be seen from her eyes,
Because that is the doorway to her heart,
The place where love resides.
The beauty of a woman Is not in a facial mole,
But true beauty in a woman is reflected in her soul.
It is the caring that she lovingly gives,
The passion that she shows.
The beauty of a woman
With passing years -- only grows.




An English professor wrote the words, "Woman without her man is nothing," on the blackboard and directed the students to punctuate it correctly.
The men wrote: "Woman, without her man, is nothing."
The women wrote: "Woman! Without her, man is nothing."

Falsafah Kuntuman Bunga

ROS PUTIH
Cinta sejati dan kekuasaan.

BUNGA CARNATION
Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah dan putih. Ia dikatakan mampu membantu menggelakkan perasaan sedih menimpa diri seseorang.
BUNGA CAMELIA
Ia dapat ‘memanggil’ semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan selamanya.
BUNGA KEKWA
Bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta.
BUNGA DAISI
Ia mampu meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkan sesuatu perkara.
BUNGA IRIS
Ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang dialami itu.
BUNGA JASMIN
Ia mendorong ke arah percintaan dan kekayaan.
BUNGA ORKID
Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup.
ROS MERAH
Boleh mengungkap pelbagai perasaan cinta.
BUNGA MATAHARI
Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan seperti yang sepatutnya.
BUNGA TULIP
Ia membawa rasa cinta dan tuah.
BUNGA IVY
Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada diri seseorang.
BUNGA VIOLET
Ia meningkatkan daya imiginasi seseorang.


KOD WARNA BUNGA
Merah:
Perasaan yang berkobar-kobar dalam sesuatu perkara yang sedang atau ingin dilakukan.

Ungu:
Apa yang paling penting adalah semangat yang diperlukan untuk melakukan apa saja yang diinginkan.

Kuning:
Peluang-peluang yang bakal hidup dalam diri seseorang.

Putih:
Semangat mementingkan kebenaran.

Merah Jambu:
Seorang mungkin sedang cuba mendekati dirimu!


MAKSUD TERSIRAT
Cuba kumpulkan beberapa orang teman baik. Ambil beberapa jenis bunga segar dan letakkan ke dalam sebuah bekas (ambil bunganya saja). Setiap orang pejamkan mata dan cuba ambil bunga daripada dalam bekas itu tanpa membuka mata. Ha. lepas dah ambil barulah mata boleh dibuka. Perhatikan kelopak bunga itu. Sekiranya:
KELOPAK BUNGA ITU TERLERAI:
Memberi makna bahawa beberapa keinginan akan diperolehi tak lama lagi.

BUNGA ITU TETAP CANTIK:
Memberi tanda bahawa tuah akan mendatangi kamu tak lama lagi. Tunggu je la!

BUNGA ITU ROSAK:
Memberi tanda bahawa kamu mungkin bakal menghadapi beberapa cabaran dalam hidup.

Thursday, March 10, 2011

HUSBAND AND WIFE

Assalamualaikum w.b.t.

Sedikit info buat tatapan semua.. ^-^

Perbezaannya Antara Lelaki Dan Perempuan

1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.
2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.
3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.
4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.
5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.
6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.
7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.
8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;
9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci, pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.
10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.
11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.
Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.
Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.
Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.
Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.
Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.
Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.
Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.

-Wallahualam-