Tuesday, March 27, 2012

KeHilAngAN DiA

Assalamualaikum w.b.t,

Dia,
Aku menyayangi dia,
Aku mengasihi dia,
Aku menyintai dia...

Dia,
mengajar aku erti rindu,
mengajar aku erti kasih,
mengajar aku erti sayang,
mengajar aku erti cinta...

Dia,
pernah membantu aku melupa,
pernah menguat semangat yang lara,
pernah mengisi kekosongan dijiwa,
pernah memberi segenap bahagia...

Dia,
aku kini kehilangannya,
kehilangan setitip rasa,
kehilangan sebuah tanda,
kehilangan seorang pecinta...

Dia,
tiada kusangka sampai akhirnya,
tiada kuduga disini noktahnya,
tiada kusangka begini kesudahannya,
tiada kuduga aku kehilangannya...

Dia,
sedarlah bahawa aku sentiasa menyanjung dia,
ketahuilah bahawa aku sangat mengasihi dia,
mengertilah bahawa aku amat menyayangi dia,
fahamilah aku terlalu menyintai dia...

Dia,
semoga hilangku mendamaikan dia,
semoga jauhku menenangkan dia,
semoga tiadaku mengembirakan dia,
semoga pergiku membahagiakan dia...

Amin

-Wassalam-


No comments:

Post a Comment

Please share wif me whatever in ur mind ya. Will revert back to you as soon as possible. :-)