Tuesday, August 28, 2012

"WeLCoME 2 Da FaMiLy"


Assalamualaikum w.b.t.,

24/8/2012..Yes! itu tarikh besday Ayung…tompi (bhasa bakunya tapi)..itu jugak tarikh keramat bersatunya dua hati antara b.cik ngan zati...alhamdulillah…bertambah lagi ahli keluarga kami…welcome to the family darling…J

Dalam seribu kepayahan, dalam sejuta halangan, akhirnya kasih mereka bertaut juga..dengan sekali lafaz, mereka sah bergelar suami isteri…sesungguhnya adalah sangat-sangat benar bahawa jodoh itu ditanganNya..yakinlah dengan Dia, berserahlah kepadaNya, nescaya, segalanya akan dapat dilalui dengan mudah…

Semoga hubungan yang baru terbina ini berkekalan di dunia dan akhirat…semoga kehadiran insan baru (zati cayang) bakal mengeratkan lagi hubungan sesama kami…insyallah…

Buat b.cik, jagalah amanah ini sebaik mungkin..jadilah imam yang bertanggungjawab, sentiasa melindungi dan membimbing..bersama dikala susah dan senang..bersatu hati dalam menjalani dan menghadapi dugaan hidup berumah tangga..saling melengkapi antara satu sama lain..semoga dengan itu, hubungan yang terbina akan lebih beerti dan membahagiakan…InsyaAllah…amin.

- Wassalam -


1 comment:

  1. =) thanks anyah~~insyallah ati menjalankan tanggungjawab ati sebaik yg ati mampu...

    ReplyDelete

Please share wif me whatever in ur mind ya. Will revert back to you as soon as possible. :-)