Wednesday, October 24, 2012

WaRkAH BerLAgu PiLU


Assalamualaikum w.b.t,

Permulaan harini dengan airmata..ya..masanya telah tiba..dia akhirnya akan meninggalkan daerah ini..menetap di daerah asing mengikut kekasih hatinya..

Sungguh kalau ditanya secara jujur, aku tidak bisa melepaskannya..tidak mampu sebenarnya..tapi apakan daya..dia pergi kepada yang lebih berhak..

Saat aku tarik dirinya dalam pelukan, dia memujuk syahdu..mengarahkan agar air jernih ini kubendung..namun perasaan yang terlalu kuat itu mendesak sehingga aku gagal mengikut kemahuannya itu…aku sedar, dia juga bergenangan….

Kini..daerah ini semakin sepi… sepi tanpa adanya dia…tanpa tawa riangnya…sepi tanpa gurau sendanya…sepi tanpa peluk ciumnya..kerana setiap hari setiap malam pasti akan ada ‘hadiah istimewa’ itu untukku..(walau aku selalu mendapatkan semua itu dari kekasih hatiku) namun semua itu tetap tidak sama dengan sesuatu darinya….

Pergilah sayang..kerana hijrahmu kali ini adalah untuk dia..dia syurgamu..jagalah hatinya sebaik mungkin..jagalah hubungan ini walau sepayah mana..kerana itu adalah rencah dalam hidup kita di dunia yang hanya sementra ini…

Ketahuilah bahawa aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaanmu...ketahuilah bahawa susah payahmu adalah wajib untuk aku ketahui…ketahuilah bahawa aku sentiasa akan merinduimu..sungguh…aku terlalu menyayangimu syang…

Wassalam..

Yang terlalu menyinta,

Ur loveLy SiStEr a.k.a AnYah

 

For my sweetheart…im gonna miss you…..really…

No comments:

Post a Comment

Please share wif me whatever in ur mind ya. Will revert back to you as soon as possible. :-)