Wednesday, February 2, 2011

DUGAAN ALLAH...

Assalamualaikum w.b.t,

Hi blog..hmm, harini bermula bulan kedua dalam tahun 2011. Namun, perlbagai kisah telah mula menemani hidupku since january 2011. Pedih, sakit, derita...itulah yang aku rasa saat ini...sungguh, this is not the end of the story that i hope to be happen in my life..however, this is destiny, this is the fate and its reality..Takdir Allah mengubah segalanya..kuatkah aku menghadapi dugaanNya ini? Ya..seperti kata yang biasa kita dengar "Allah tidak akan mungkin menguji hambanya di luar batas kemampuan hambanya"..aku yakin itu...namun adakalanya aku kalah dalam permainan takdir..ada masanya aku rebah menghadapi dugaanNya... Bantulah aku Ya Allah, agar sakitnya dugaan ini bisa aku telan seadanya.

Minggu lepas adalah minggu terperit bagiku. Kisah demi kisah telah membuat aku jatuh..aku cuba bangun dan gagahi..namun berita baru telah membuat aku jatuh dan jatuh dan jatuh...apakah hikmahnya??? ya, mungkin hikmah yang terselindung tidak mampu kuhuraikan..dalam kekalutan aku masih mencari 1001 kekuatan...mencari dahan tegar untuk aku berpaut...agar kerapuhannya tidak nanti membinasakan aku...mujur aku masih ditemani insan-insan tersayang..walau mereka memberi dorongan dan semangat, namun aku yakin, mereka juga terluka...sungguh dua berita yang cukup-cukup membuat aku nanar seketika...



Saat ayong menelefon dan menyampaikan khabar itu, ku rasa kan seolah dunia ini telah berhenti berputar...sungguh tidak ku sangka begini akhirnya..'dia' yang selama ini menjadi pujaan famili, menjadi tugu ternilai keluarga, akhirnya terpaksa pasrah menerima ujianNya. 'Dia' yang sangat kami sanjung kini bakal menetap di 'neraka dunia'. Sungguh, pengakhiran yang teramat-amat terpesong dari penilaian asal kami..betapa kerana kawan baik sendiri, akhirnya dia rebah dan kisah hitam ini bakal dilalui seorang diri...sedih, ralat, derita, itulah yang dilalui olehnya kini...bukan sahaja dirinya, malah seluruh ahli keluarga kini merasai pedihnya hukuman itu...apa yang mampu kami lakukan,..sekadar doa dan sokongan untuknya dan seluruh keluarganya agar kuat dan tabah menghadapi..kerana sesungguhnya Allah maha mengetahui segala. PercaturanNya tidak terjangkau oleh fikiran kita. Buat seluruh ahli keluarga, kekuatan kita adalah pendorong kebangkitannya. Kuatlah semua, moga dengan kekuatan itu, segalanya bisa berlalu dengan mudah..
tatkala lawatan kami menjengah 'dia', bukan saja airmata, malah sedu sedan turut menemani. kami cuba mengawal kesedihan, walaupun kami sebenarnya lebih byk melepaskan kesedihan saat itu...kami gagal membina empangan agar turunnya airmata bisa dikawal sebaiknya oleh empangan itu. kerna apa??? kerna ikatan persaudaraan yang sangat utuh telah mengikat kami dari bersenang dengan keadaan itu,,melihat airmta anak isterinya mencurah-curah, aku kalah...mereka juga kalah...Ya Allah, bantulah kami, permudahkan, kuatkan dan tabahkan hati kami menerima segalanya.. aku cuba redha dengan dugaanNya yang satu ini..insyaAllah, moga dengan berserah dan berdoa kepadanya bisa membuatkan jiwa kami tenang..setenang air di kali mungkin, InsyaAllah...


Saat aku masih cuba memahami situasi perit itu, aku skali lagi terpana...sekali lagi ujian getir terpaksa kami lalui...ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari...how can i face the world..for the second time i've been tested like this..Ya Allah, bantulah aku...tatkala mendengar ayat doktor "Allah belum nak bagi lagi, sabarlah"...Allahhu Akbar!...dugaan apakah ini...aku terasa seperti ingin menjerit saat itu dan bertnya, Kenapa aku???? namun aku sedar, aku hanya hambaNya, yang pasti tidak lepas dari ujianNya, bukankah itu tandanya Dia menyayangiku??? Ya, kerna itu dia memberikan dugaan seberat ini, walau utk kali kedua...aku pasrah...aku berserah..tapi redhakah aku??? Abang seperti tidak terkesan dengan berita itu..mungkin sekadar cuba menutup kesedihannya..dan dengan kebijaksanaannya, aku tidak berendam airmata malam itu...melihat tenangnya dia menerima khabar itu, aku memujuk hati...mungkin ini yang terbaik..sungguh, kalau ditanya, aku tidak akan penah tegar melepaskan 'dia' pergi dariku...3 bulan..ya, 3 bulan...1 jangkamasa yang ckup lama bgiku..namun sekali lagi aku rebah...oleh suratan takdir yang Maha Esa...aku cuba berlagak setenang mungkin saat berbicara dan menyampaikan keputusan pakar kepada ibu dan ajengku..walau ketika itu sesungguhnya aku hampir meraung...kutahan agar sedihnya hatiku tidak akan tempias kepada ibuku..walaupun begitu, aku yakin, ibu sangat sedih dengan berita itu..harapan yang telah sekian lama terpendam kini sekali lagi musnah. aku cuba berlagak seperti biasa, biarpun hatiku merusuh..kutahan agar kekalutan hatiku tidak terkesan di pandangan mata yang lain...waima setitik airmata pun tidak ku benarkan meluncur dari kelopak mataku..kekuatan abang yang kubawa bersamaku sepanjang masa..ku ingat pesannya bahawa inilah takdir tuhan..sabar dan terimalah..ya aku menerimanya, cuma berikan sedikit masa untuk..untuk apa??? untuk belajar hidup tanpa ;dia'..ya, mungkin untuk itu...:'-(...bila kusampaikan berita ini kepada bos ku, dia dengan rela datang memelukku dan menguucapkan kata-kata semangat. akhirnya, yang kutahan-tahan nyata gagal kukawal lagi..dibahunya aku teresak..aku kalah...ya, akhirnya aku kalah..pelbagai kata perangsang diberikan agar aku kuat dan dapat menerima segalanya dengan hati terbuka..kisah yang sama terjadi saat 'ucuk' bertnyakan hal yang satu ini...sekali lagi dibahunya aku menangis sedih...tidak kuhiraukan kawan lain yang turut memandang dan pastinya tertanya-tanya..aku kalah dengan mainan perasaan ku..aku gagal mengawal emosiku..hingga 'ucuk' juga berlinangan airmata..aku amat yakin dia sepatutnya sedang menangis kala itu..namun, dia cuba mengawal sebaik mungkin situasi itu agar aku tidak terus-terusan berhati walang...namun apa dayaku..aku insan lemah yang sedang diuji..terima kasih buat bos dan sahabatku 'ucuk' yang tidak jemu memujuk dan memberi perangsang..kulalui hari itu dengan kesedihan serta sedikit senyuman berkat kehadiran kawan-kawan yang memahami...berkat adanya insan-insan tersayang disisi, saban waktu meminjamkan semangat buatku...aku cuba yakinkan diri, ini ketentuanNya, dan inilah yang terbaik buatku...InsyaAllah...



Yang pastinya: 'Jangan sesekali menyalahkan takdir. Allah Maha Adil untuk menzalimi manusia'. “dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.” (Fussilat: 46) Yakinlah bahawa segala yang berlaku adalah dengan takdir Allah. Allah mengkehendaki berlakunya kepayahan dan kesusahan di dalam hidup. Semua itu untuk mengangkat martabat manusia. Lebih tabah kita menghadapinya, lebih tinggi martabat kita di sisi Allah. INSYALLAH..ALLAHUAKBAR!!!

No comments:

Post a Comment

Please share wif me whatever in ur mind ya. Will revert back to you as soon as possible. :-)