Tuesday, February 21, 2012

WaJarKah KEcEwA iNi

Assalamualaikum w.b.t,

Mangapa hati seakan sangat kecewa semalam? lupakah aku akan Dia. lupakah bahawa takdir ditanganNya. lupakah sesungguhnya Dia penentu segala. siapa aku untuk mempertikaikannya?

bukankah sebagai hambaNya aku patut bersyukur atas segala nikmat dan hikmat yang diberi? namun, mengapa aku masih terasa hampa dengan apa yang aku ada? aku hamba yang tidak menghargai...

ampunkan aku Ya Allah, kerana menafikan ketentuanMu...sungguh, aku hanya manusia yang lemah..hanya manusia yang tidak pernah lari dari kesilapan..manusia yang alpa dengan nikmatMu.

Kau berilah aku kekuatan menghadapi dugaanMu..berilah aku petunjuk agar sentiasa di bawah rahmatMu...berilah aku ketenangan disaat hati merusuh menyesali nasib diri...sesungguhnya aku khilaf Ya Allah..

aku bersyukur Kau pertemukan aku dengannya, yang banyak membantu aku menginsafi diri...banyak memberi dorongan di saat aku hampir tersungkur..banyak memberi semangat tatkala aku seakan rebah...dia sentiasa bersamaku dan menyedarkan aku bahawa sesungguhnya kami hanya mampu merancang dan Kau jua yang menentukan...kata-katanya seolah meresap dalam sanubariku..membangunkan aku dari mimpi yang hitam...menyentakku dari lamunan yang kelam..

sesungguhnya aku berterima kasih dan bersyukur dengan apa yang aku ada saat ini...alhamdulillah...

- Wassalam -

No comments:

Post a Comment

Please share wif me whatever in ur mind ya. Will revert back to you as soon as possible. :-)