Monday, July 9, 2012

PeRinGaTaN


Assalamualaikum w.b.t,

En3 kali ni adalah sebagai peringatan untuk diriku dan semua yang membaca...
secebis peringatan yang dititipkan oleh Ustaz sempena Tazkirah Jumaat yang lalu. Aku ambil untuk dijadikan panduan dan pengajaran buat kita... mengapa aku tertarik untuk membicarakan soal ini? Mungkin kerana perkara ini sebenarnya berlaku di sekeliling kita. dan mungkin adakalanya kita sendiri yang melakukannya...
semoga Allah melindungi kita dan hati kita dari perkara-perkara yang terlarang ini…bersama-samalah kita mengambil iktibar darinya…
semoga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dirahmati Allah. Amin…



Dari Tsaubah ra bahwasanya Nabi SAW bersabda,
“Siapa yang meninggal dan terbebas dari tiga perkara, maka dia masuk surga.
Tiga perkara itu yakni dosa besar, hutang, dan dendam ”
( HR Ahmad dan Tirmizi – Sahih )

Dari Abu Hurarirah ra, “Rasulullah SAW bersabda:
“ Jiwa seorang mukmin terbelenggu selama dia masih memiliki tanggungan hutang ”
( HR Ahmad dan Tirmizi – Sahih )



Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.a.w,

Semoga sentiasa berada dibawah redha dan rahmat Allah s.w.t. Hadith menyatakan secara jelas ancaman bagi insan yang meninggalkan dosa besar, berhutang dan dendam. Hutang merupakan perkara yang sangat berat tanggungannya. Sehingga dalam al-Quran menyebut perihal hutang ini dengan jelas dan merupakan AYAT terpanjang dalam al-Quran (al-Baqarah : 282). Betapa Rasulullah s.a.w juga banyak menyatakan hadith perihal hutang dan kaedah-kaedahnya.

Tiada dosa yang tidak diampunkan oleh Allah s.w.t kecuali syirik. Namun, dosa berkaitan secara lansung dengan Allah s.w.t walaupun dosa besar (hak Allah s.w.t), jika sempat melakukan taubat nasuha(sebenar-benar taubat) sebelum sampai ajal, maka diampunkan dosanya.

Tetapi, bagi perihal kesalahan dan dosa sesama manusia (hak manusia) contohnya seperti hutang dan dendam itu, hanya mampu diampunkan oleh manusia terlebih dahulu. Jelas hadith juga menyatakan tidak masuk syurga sekiranya masih tergantung dengan 3 masalah ini. Walau seseorang yang Syahid akan tertahan masuk syurga kerana hutangnya, apatah lagi yang mati biasa. Hal ini yang dimaksudkan dengan hadith mengenai mukmin itu terbelenggu selagi memiliki hutang maksudnya tidak bebas. Bezakan hak Allah dan hak sesama manusia.

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian, elakkan diri dari sentiasa dibelenggu hutang, susahnya bukan sahaja siksa seharian, bahkan sehingga ke liang lahad. Rancang hutang setakat yang termampu untuk dibayar. Jangan membiasakan hutang untuk memudahkan urusan seharian, tambahan perihal yang menjadi darah daging kita. Berlapang dadalah dan berbaik-baiklah sesama manusia. Contohilah Rasulullah s.a.w yang setiasa berlapang dada dan bersifat pemaaf. Contoh teladan yang telah dipamerkan oleh kekasih Allah. Dosa dendam, berkecil hati selagi tidak diampunkan oleh manusia, maka kekallah dosanya sehingga mati. Rancanglah agar urusan kematian kita dipermudahkan.

“If u fail to plan, U are plan to fail” 

- Wallahulam-

sorry ustaz, amik sket ur tazkirah...without ur permission..but juz wanna share dan mengingati sesama manusia. 



3 comments:

  1. good reminder...
    its remind me to0...

    ReplyDelete
  2. yeah...tot so..and dats y copy ustaz ni nye tazkirah...sesamalah kita mengingati sesama kita ye..sampaikan olehmu walau satu ayat...:-)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Please share wif me whatever in ur mind ya. Will revert back to you as soon as possible. :-)