Tuesday, May 19, 2015

ApA SalAhKu???

Assalamualaikum w.b.t.

Kenapa? Mengapa?
Aku masih terfikir sebab dan musababnya.
Walau sehingga kini, aku masih gagal menemuinya.
Sungguh, kalau aku bisa menebak hatinya, pasti aku akan sangat gembira.
Kerana kelukaannya adalah kelukaanku jua..
Kerana dengan itu, aku akan dapat merasai apa yang dirasainya..

Ketahuilah bahawa mengecewakanmu adalah perkara terakhir yang akan aku lakukan...
Menyakitimu adalah perkara yang tidak pernah terlintas dalam fikiran...
Kesedihanmu adalah keperitan yang sama aku rasakan...

Andai aku bisa merungkap segalanya, pasti kau bisa memahaminya...
Kerana sesungguhnya aku tiada daya..
Kerana batas yang satu itu buat aku menyimpan segala...
Kerana dipenghujungnya, aku tidak mahu kau terasa, kecewa dan segala rasa yang membelenggu jiwa..

Kebahagiaanmu adalah keutamaanku..
Kehadiranmu mengisi kekosonganku..
Percayalah bahawa aku tiada niat melukakanmu..
Malah menyakitimu tidak langsung terlintas di benak fikirku..

Adakah ini tandanya bahawa aku perlu menoktahkannya?
Adakah ini maknanya sudah sampai masanya?
Adakah ini maksudnya semua telah cukup?

Ya Allah, aku memohon petunjuk dariMu..
Andai ini yang terbaik, maka permudahkanlah...
Andai ini kesudahan yang telah Engkau rancangkan, maka ringankanlah..
Andai ini ketentuan akhir jalan, maka tamatkanlah sebaiknya..

Terima kasihku buatmu atas segalanya,
Masa dan tenaga yang kau curahkan selama ini tidak akan aku siakan..
Sesungguhnya aku benar-benar gembira saat kau hadir mewarnai hariku..
Aku sangat-sangat teruja saat kau menerima tawaranku..

Namun, menyaksikan pengakhiran yang begini, bukan ku pinta..
Sungguh aku lelah dalam menanganinya..
Kerana sesungguhnya sayangku padamu tiada taranya..
Selamanya....

Note: Andai mungkin dikau mengerti.. :'-(

-Wasalam-


No comments:

Post a Comment

Please share wif me whatever in ur mind ya. Will revert back to you as soon as possible. :-)