Friday, March 11, 2011

Falsafah Kuntuman Bunga

ROS PUTIH
Cinta sejati dan kekuasaan.

BUNGA CARNATION
Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah dan putih. Ia dikatakan mampu membantu menggelakkan perasaan sedih menimpa diri seseorang.
BUNGA CAMELIA
Ia dapat ‘memanggil’ semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan selamanya.
BUNGA KEKWA
Bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta.
BUNGA DAISI
Ia mampu meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkan sesuatu perkara.
BUNGA IRIS
Ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang dialami itu.
BUNGA JASMIN
Ia mendorong ke arah percintaan dan kekayaan.
BUNGA ORKID
Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup.
ROS MERAH
Boleh mengungkap pelbagai perasaan cinta.
BUNGA MATAHARI
Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan seperti yang sepatutnya.
BUNGA TULIP
Ia membawa rasa cinta dan tuah.
BUNGA IVY
Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada diri seseorang.
BUNGA VIOLET
Ia meningkatkan daya imiginasi seseorang.


KOD WARNA BUNGA
Merah:
Perasaan yang berkobar-kobar dalam sesuatu perkara yang sedang atau ingin dilakukan.

Ungu:
Apa yang paling penting adalah semangat yang diperlukan untuk melakukan apa saja yang diinginkan.

Kuning:
Peluang-peluang yang bakal hidup dalam diri seseorang.

Putih:
Semangat mementingkan kebenaran.

Merah Jambu:
Seorang mungkin sedang cuba mendekati dirimu!


MAKSUD TERSIRAT
Cuba kumpulkan beberapa orang teman baik. Ambil beberapa jenis bunga segar dan letakkan ke dalam sebuah bekas (ambil bunganya saja). Setiap orang pejamkan mata dan cuba ambil bunga daripada dalam bekas itu tanpa membuka mata. Ha. lepas dah ambil barulah mata boleh dibuka. Perhatikan kelopak bunga itu. Sekiranya:
KELOPAK BUNGA ITU TERLERAI:
Memberi makna bahawa beberapa keinginan akan diperolehi tak lama lagi.

BUNGA ITU TETAP CANTIK:
Memberi tanda bahawa tuah akan mendatangi kamu tak lama lagi. Tunggu je la!

BUNGA ITU ROSAK:
Memberi tanda bahawa kamu mungkin bakal menghadapi beberapa cabaran dalam hidup.

No comments:

Post a Comment

Please share wif me whatever in ur mind ya. Will revert back to you as soon as possible. :-)