Assalamualaikum w.b.t.,
LELAKI:
Lelaki bujang kena tanggung dosa
sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh
bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa
sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak
lelaki yang belum baligh. BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena
bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung
jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan
tidak, perempuan hanya perlu taat kepada
suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh
suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri,
ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi
yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya
dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut
kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat
dengan beratnya dosa-dosa yang
ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya
yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau
tak tahu kena jadi perempuan.
Begitulah kira-kiranya.
WANITA:
Auratnya lebih susah dijaga
berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah
tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang
berbanding lelaki.... Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan
melahirkan anak. Wajib taat kepada
suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan
bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang
tak ada pada lelaki. Pernahkah kita
lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan
dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah
pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya
dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat
kepada ibunya 3 kali lebih utama dari
bapanya.
Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada
suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk
menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah
mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala
haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH
di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa
kecil).
*****************************
Di akhirat kelak, seorang lelaki
akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak
perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula,
tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara
lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu
Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat
sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad
fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang
pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. sayangnya ALLAH pada
wanita. Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi
seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai
lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu
DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin....maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH
dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya.
..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam
keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian
dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah
atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu
semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab
nikmatNya.(Ali-Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia
diberitahu akan segala yang telah
dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya
menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela
diri "
wassalam.